Pasukan UKM C Naib Johan Kejohanan Pencak Silat IPT

Rabu, 08 Februari 2012 00:00
Cetak PDF

Oleh Nur Azimah Mahmood
Foto Junaidah Omar


BANGI, 8 Feb. 2012- Pasukan Silat Kumpulan C Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang meraih 24 mata telah berjaya sebagai Naib Johan bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Festival dan Kejohanan Pencak Silat IPT dan Jemputan Antarabangsa Taming Sari IV baru-baru ini.


Johan disandang oleh pasukan Politeknik Ungku Omar dengan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam jatuh ke tempat ketiga.


Juara keseluruhan terbuka jatuh kepada pasukan A Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meraih 39 mata dengan Kumpulan PUSAKA Perak di tempat kedua dan Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia ketiga.


Nurhaniza Nordin dari UKM berjaya menyandang anugerah pesilat harapan manakala pesilat terbaik dipikul Mohd Faiz Noh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Festival dan kejohanan selama seminggu itu yang berakhir Ahad lalu berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak (Dectar) UKM di sini disertai sejumlah 35 pasukan termasuk pasukan undangan dari Yala Sports School negeri Thai. Ia dianjurkan mahasiswa UKM di ketuai Pengarahnya Mohd Afiq Ahmad.


UKM diwakili oleh empat kumpulan termasuk satu kumpulan Alumninya dan telah berjaya meraih tiga pingat emas, lima perak dan 10 gangsa dari pelbagai kategori.


Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ir Dr Othman A. Karim. Turut hadir Pengarah Pusat Sukan UKM, Dr Tajul Arifin Muhamad.


Berikut ialah senarai pemenang dari UKM.


Pingat Emas:
Terbuka bebas putera kelas F – Alumni UKM
Terbuka bebas puteri kelas F – Alumni UKM
Tanding putera kelas bebas – UKM C


Pingat Perak:
Seni tunggal putera – UKM C
Seni regu putera – UKM C
Tanding Putera Kelas C – UKM C
Tanding Puteri Kelas B – UKM C
Tanding Puteri Kelas C – UKM A

Gangsa:
Seni Tunggal Puteri terbuka – Alumni UKM
Seni Ganda Putera – UKM C
Seni Ganda Puteri – UKM C
Seni Regu Puteri – UKM A
Tanding Putera Kelas C – UKM B
Tanding Putera Kelas F – UKM C
Tanding Putera Kelas G – UKM B berkongsi dengan UKM C
Tanding Putera Kelas H – UKM C
Tanding Puteri Kelas B – UKM A

Berita Kampus

Arkib Berita