Oleh Shahfizal Musa
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 13 Jun 2012 – Pakar sains sosial dan saintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sering bekerjasama dalam penyelidikan dan inovasi, kerana pendekatan yang holistik akan membawa kepada penyelesaian yang lebih memanfaatkan.
Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin berkata kedua-dua bidang sosial sains dan sains tulen saling membantu dalam mencari penyelesaian.
Berucap mengalu-alukan suatu delegasi Universiti-universiti Penyelidikan dan Inovasi (IRU) Australia yang mengujungi UKM hari ini, beliau berkata kedua-dua bidang sosial sains dan sains tulen saling membantu dalam mencari penyelesaian.
Delegasi itu terdiri dari ahli akademik kanan dari Griffith University, La Trobe University, The University of New Castle, Murdoch University dan Charles Darwin University.
Prof Sharifah semasa menerangkan nic-nic penyelidikan yang terdapat di UKM kepada delegasi itu, berkata di UKM sains bukan sahaja dinilai dari segi penemuan tetapi ia juga bertindak sebagai pemangkin kepada penyelesaian masalah yang bersifat sosial di mana masalah yang berbentuk saintifik akan mendapat manfaat jika dilihat daripada perspektif sains sosial juga.
Satu lagi aspek yang membedakan UKM dari universiti lain di Malaysia ialah fokusnya terhadap keusahawanan. Selain daripada menghasilkan graduan yang akan menjadi pekerja yang baik UKM turut menanamkan sifat keusahawanan kepada semua graduannya.
Ini bertujuan melengkapkan graduan UKM mempunyai kemahiran yang cukup untuk menjadi usahawan dan membuka perniagaan sendiri. Dengan itu mereka juga akan menyumbang kepada ekonomi dengan menjana pekerjaan sendiri dan bukannya berharap kepada pasaran kerja untuk mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian di universiti.
Ketua Delegasi IRU, Prof Ian O’ Connor yang juga Naib Canselor, Griffith University berkata Malaysia dan Australia mempunyai banyak persamaan.
Masa depan kedua-dua negara bergantung pada kejayaan menjadikannya negara cerdik dengan membangunkan modal insan. Ini membuka ruang kerjasama antara kedua-dua universiti.
Prof Sharifah Hapsah dan Prof O’Connor telah menandatangani suatu MoU antara UKM dan Griffith University untuk bekerjasama dalam bidang nanoteknologi.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah institut telah hadir di upacara itu. ![]()
