
Oleh Abdul Ghani Nasir
BANGI, 15 Jun, 2010 – Seramai 100 orang penyelidik dari berbagai universiti awam, institut penyelidikan awam dan agensi kerajaan sedang mengikuti satu “Program Pembinaan Keupayaan dalam Inovasi, Pemindahan Teknologi dan Syarikat Terbitan Universiti” anjuran bersama UKM dan Stevens Institute of Technology (SIT) dari Amerika Syarikat.
Perserta bengkel adalah terdiri daripada penyelidik UKM dan universiti lain seperti UM, USM, UPM, UTHM, UMT, UUM, UMS, UNIMAS, UPSI, dan juga institusi penyelidikan seperti Mardi dan Marditech. Program lima hari yang dibuat dalam tiga modul itu telah dirasmikan pada 6 Jun 2010 di Hotel Equatorial, Bangi oleh Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi . Antara lain program itu mendedahkan peserta kepada usaha bagaimana mengkomersilkan hasil penyelidikan melalui kaedah syarikat terbitan universiti.
Tujuh fasilitator dari SIT yang mengendalikan program termasuklah Dr Lex McCusker, Dekan Bersekutu Wesley J Howe School of Technology Management; Profesor Dr Christos Christodoulatotos, Provos Bersekutu bagi Keusahawanan Akademik dan Pengarah bagi Pusat Sistem Persekitaran dan Malcolm Kahn, Naib President untuk Pembangunan Keusahawanan dan Pelesenan.
Program itu merangkumi Sains Perniagaan dan Pembangunan Syarikat Terbitan serta soal Pelaksananaan Bisnes.
Disamping membudayakan inovasi, projek rintis ini diharapkan akan melahirkan teknoprenur baru di kalangan penyelidik dan beberapa projek pengkomersilan teknologi melalui syarikat terbitan.
Program International Entreperenur-in-Residence akan diwujudkan susulan kolaborasi ini bagi memantapkan inovasi dan usaha mengkomersilkan penyelidikan UKM
UKM sebagai salah sebuah unversiti penyelidikan mempunyai peranan penting dalam melaksanakan Agenda Inovasi Nasional. Sejajar itu ia meletakkan aspek inovasi dan kreativiti sebagai agenda utama dalam menjayakan pelan transformasinya menjadi sebuah universiti terkehadapan di dunia menjelang 2018.
Penyelidikan di universiti dibangunkan sebagai aset intelek dan dimajukan seterusnya untuk dikomersilkan.
Kerjasama yang sedang dijalin oleh UKM dengan agensi –agensi seperti Mdec, MTDC dan BiotechCorp merupakan perkongsian pintar yang pasti memberi manfaat dan menguntungkan.
Dalam usaha merancakkan lagi penghasilan inovasi dan pengkomersilannya, UKM telah menubuhkan Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) dan merangka pelbagai program bagi mengalakkan penyelidik muda mencapai kejayaan melalui pelbagai koloborasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa .
Setakat ini UKM telah berjaya membawa lebih daripada 30 hasil R&Dnya ke tahap pengkomersilan melalui pelesenan teknologi, penubuhan syarikat terbitan (STU) disokong dengan Program Usahawan Siswazah Symboisis yang ditawarkan kepada siswa cemerlang yang berminat menjadi usahawan tekno.
Diantara inisiatif pengkomersilan melalui kerjasama pintar dan kolaborasi dengan industri adalah program Usahawan Siswazah UKM-MTDC Symbiosis. “Objektif program ini adalah untuk memilih 10 siswazah terbaik di antara mereka yang mempunyai bakat keusahawanan untuk menerajui 10 syarikat terbitan universiti yang akan ditubuhkan bagi mengkomersilan 10 teknologi berpotensi hasil R&D UKM.
Di samping program koloborasi dengan MTDC, UKM juga berkerjasama dengan Oxford University melalui syarikat pemindahan teknologinya ISIS Innovation Ltd sehingga melahirkan sebuah syaraikat terbitan universiti berasaskan ICT diberi nama MINDS Technology Sdn Bhd.
Dua lagi syarikat terbitan universiti iaitu K-Eco Tourism Sdn Bhd berasaskan teknologi pelancungan dan MyCRO Sdn Bhd yang mendapat status Bionexus menyediakan perkhidmatan penyelidikan kontrak bagi ujian praklinikal dan klinikal juga telah ditubuhkan.
Manakala sebuah syarikat usahasama telah ditubuhkan iaitu UKM-eBIZ Sdn Bhd berasaskan ICT lahir dari kerjasama dengan sebuah syarikat yang terkemuka berpengkalan di Hong Kong. ![]()
_________________________________________________________________________________________
Berita Berkaitan
R&D berjaya apabila produk hasil darinya dapat dipasarkan