Rumput dan batu berkesan dan murah untuk membersihkan air kumbahan domestik

Khamis, 22 Julai 2010 11:52
Cetak PDF

Oleh Kuah Guan Oo 

BANGI, 22 Julai 2010 -  Satu sistem menggunakan tapak tumbuhan dan rumput tempatan didapati adalah cara berkesan yang murah dan untuk jangka panjang bagi merawat air sisa kumbahan domestik.

Dibuat dan diuji oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sistem itu didapati adalah satu ‘alternatif hijau’ kepada cara konvensional merawat air sisa kumbahan majlis perbandaran yang biasanya menggunakan campuran kimia asli dan tiruan.

Penyelidik terdiri daripada Prof Dato’ Dr Mushrifah Idris dari Fakulti Sains dan Teknolog; Prof Madya Dr Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof Madya Dr Siti Kartom Kamarudin, Prof Madya Dr Fatihah Suja dari Fakulti Kejuruteraan dan Persekitaran Bina.

Mereka mendapati bezanya dengan cara rawatan fizikal dan kimia, tumbuhan semulajadi seperti rumput tanah bencah boleh digunakan untuk merawat air sisa kumbahan domestik dengan teknologi dikenali sebagai hipertumpukan.

“Teknologi hipertumpukan adalah satu cara untuk merawat atau mengeluarkan kotoran organik dan nyah-organik yang perlu dikurangkan ke tahap dibenarkan bagi membuang air sisa kumbahan.

“Selain pembinaan kawasan tanah bencah, sistem tapak tumbuhan adalah satu lagi cara menggunakan teknologi hipertumpukan untuk merawat air sisa kumbahan domestik atau air sisa industri,” kata mereka dalam satu kertaskerja berjudul “Satu Sistem Tapak Tumbuhan Hibrid untuk Pengasingan dan Pembersihan Air Sisa Kumbahan Domestik”

Kertaskerja itu diterbitkan dalam Direktori Projek Penyelidikan (Sains Gunaan dan Tulen) Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi melaksanakan penyelidikan, mereka membuat satu sistem tapak tumbuhan terdiri daripada empat barisan dengan setiap barisan mempunyai tiga tapak sama diperbuat daripada tangki kaca gentian.

Batu batan pelbagai saiz digunakan sebagai bahan dalam sistem itu dengan taburan berselang iaitu 10-15 mm batu, 3-5 mm pasir sungai . Dalam cara konvensional barisan demi barisan batu diletak dalam tapak tumbuhan berkenaan.

Tapak itu ditanam dengan dua jenis tumbuhan tempatan, iaitu -- rumput kercut  dan rumput mendorong  -- yang diambil dari Tasik Cini dan diatur pada paras berbeza.

Turut dipasang adalah satu sistem pengaliran semula bagi membolehkan oksigen dari udara meresap untuk mengekalkan keadaan aerobik demi meningkatkan percampuran bahan buangan dan mikro-organisme.

Dengan mengalirkan air buangan domestik daripada lebih 110 rumah di Bukit Putri dalam kawasan UKM, seperti  air dari tandas, bilik mandi dan dapur ke dalam sebuah tangki pengenapan, mereka memasang sebuah pam untuk mengepam air dari peringkat pertengahan tangki berkenaan ke dalam kawasan tapak tumbuhan untuk rawatan bagi mengelakkan kehadiran enap cemar.

Selepas lima hari menahan pengaliran air buangan itu mereka dapati bahan kotoran dapat dikurangkan dengan penggunaan tapak tumbuhan itu. 

Carta menunjukkan 99 peratus Keperluan Oksigen Biologi, 96 peratus Keperluan Oksigen Kimia dan 89 peratus Bahan Terapung dapat dikurangkan.

Air kotor yang sudah dirawat itu menepati ukurtara bagi melayakkannya menerima Standard A Peraturan (Kumbahan) Kualiti Persekitaran 2009, bermakna ia boleh dilepaskan ke dalam sungai dan longkang, kata penyelidik bersama Dr Siti Rozaimah.

Beliau berkata penyelidik asing biasanya menggunakan tumbuhan dijumpai di kawasan sendiri, sebab itulah kita menggunakan tumbuhan yang ada di negara kita.

Rumput kercut dan mendorong mudah didapati di tanah bencah, tasik, sungai dan longkang dan biasanya tumbuh sehingga kira-kira dua meter.

Dengan tumpuan kini diberikan kepada ‘teknologi hijau’, Dr Siti Rozaimah menarik perhatian projek kajian mereka amat sesuai  untuk  bandar kecil atau penempatan bagi merawat air buangan domestik  berbanding penggunaan cara konvensional melibatkan penggunaan kimia.

Dalam sesetengah masyarakat maju, penduduk bandar kecil dan penempatan begitu bangga dengan teknologi hijau mereka untuk merawat air kumbahan domestik, kata beliau.

Kelebihan menggunakan tapak tumbuhan itu ialah ia tidak perlu dikosongkan walau pun setelah lama digunakan selain ianya memerlukan sedikit saja kerja penyeliaan dan penyelenggaraan, tambah beliau.

Di samping itu, sistem tapak tumbuhan cara konvensional boleh pula digunakan bagi mengurangkan penggunaan kimia untuk merawat logam dan bahan cemar lain dalam air kumbahan.

Mikrob yang melekat pada akar tumbuhan akuatik itu boleh menyerap, menuras dan mengolah bahan cemar organik dan meresapi logam berat sebelum ia mengalir ke sungai dan longkang.

Dr Rozaimah berkata beliau dan rakan penyelidiknya kini sedang mengusahakan satu pendekatan ‘hijau’ yang sama bagi merawat air buangan industri.

“Bagi projek ini, kami sedang mencari  tumbuhan asli yang paling sesuai untuk melakukan tugas itu.

“Kami perlukan tumbuhan yang masih boleh hidup di kawasan yang teruk tercemar bagi membolehkan ia ditanam di nurseri untuk digunakan dalam ujian kelak,” tambahnya.