Perserta dari 10 negara Islam membuat panel suria dalam bengkel di UKM

Jumaat, 23 Julai 2010 15:16
Cetak PDF

By Shahfizal Musa

BANGI – 23 July 2010  - Seramai 20 orang peserta dari 10 negara yang menghadiri sebuah bengkel/ seminar di UKM mengenai penjenaan elektrik menggunakan tenaga suria untuk kawasan pendalaman telah mempelajari cara membuat panel suria itu.

Di akhir sesi itu setiap peserta akan mempunyai satu panel surianya sendiri untuk dibawa pulang ke negara masing masing sebagai buah tangan.

Mereka ini telah mengambil bahagian dalam Forum Tenaga Suria untuk kawasan Luar Bandar yang Ketiga pada 20hb hingga 24hb Julai ini. Ilmu yang mereka perolehi dalam bengkel itu di harap akan dapat mereka gunakan untuk membangunkan teknologi tenaga suria untuk menjana elektrik untuk kawasan pendalaman di negara masing masing.

Bengkel tersebut dianjurkan oleh Institut Kajian Tenaga Suria (SERI) UKM dengan kerjasama  UNESCO dan Perbadanan Sains, Pelajaran dan Kebudayaan Islam (ISESCO). 

Prof Dr Kamaruzzaman Sopian, Pengarah SERI berkata teknologi suria mudah di pasang dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Para penganjur berharap peserta akan mempraktikan apa yang mereka telah pelajari di negara masing-masing.

Para peserta datang daripada Iraq, Iran, Kazakhstan, Pakistan, Brunei, Azerbaijan, Indonesia, Bangladesh, Afghanistan, and Libya. Sejumlah daripada penduduk negara-negara ini masih hidup tanpa tenaga elektrik walaupun kebanyakan negara ini mempunyai sinaran matahari terik.

Tenaga elektrik sekarang ini adalah satu keperluan asasi untuk kehidupan rakyat moden. Tetapi kebanyakan masyarakat di dunia Islam masih tidak dapat menikmati kemudahan itu di mana masyarakat pendalaman masih mengunakan minyak tanah dan kayu sebagai sumber tenaga. Tenaga suria boleh mengisi keperluan ini dan menyinari hidup mereka dengan cahaya.

Prof Saleem Zaidi dari Gratings Incorporated yang telah berkerjasama dengan SERI untuk mewujudkan industri desa tenaga suria di Chendering Terenganu berkata:

“Panel solar Photo Voltaic (PV) perlu disampaikan kepada masyarakat yang memerlukan teknologi tersebut.  Mereka ini boleh dibekalkan dengan ilmu untuk membuat panel suria mereka sendiri. Ini boleh di lakukan dengan menukar proses teknologi panel suria kepada industri desa menggunakan teknologi  PV yang menggambungkan Silikon, Oksigen dan suria yang boleh di dapati secara meluas dan dengan percuma.”

Kemahiran membuat panel suria akan menyelesaikan masalah ketiadaan elektrik di kawasan pendalaman seperti di Africa dan Pakistan.

“Tenaga suria boleh dijana dilokasi pengunaan asalkan terdapat sinaran suria.  Sumber kuasa ini adalah percuma, juga tanpa perlu kabel yang berbatu-batu panjangnya untuk menyalurkan tenaga elektrik. Oleh kerana ini ia amat berguna di negara membangun dan sedang membangun dimana grid kuasa (infrastruktur penyaluran tenaga elektrik) tidak cukup meluas untuk melingkungi banyak kawasan pendalaman dan luar bandar,”  kata Dr Saleem.

Dr Kamaruzzaman dan Dr Saleem pernah mewujudkan industri desa di Chendering Terengganu membuat panel suria oleh penduduk kampung di situ, dimana sebahgian daripada panel yang mereka membuat itu kini berjaya di eksport ke Bangladesh.