Oleh Shahfizal Musa
BANGI - 28 Julai 2010 -- Selepas meraih kejayaan mencipta kulit manusia menggunakan kejuruteraan tisu, para penyelidik/saintis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini menerokai ke dalam tubuh manusia untuk menghasilkan organ-organ yang lain.
Sebahagian daripada organ yang sedang mereka kulturkan adalah jantung, tulang, rawan, saluran pernafasan (respitori epithelium), saraf, conjuktiva (bahagian putih mata) dan juga kornea. Mereka berharap untuk membuat tisu dan organ manusia atau sekurang kurangnya membantu dalam pembaikannya dengan perubatan regeneratif.
Professor Dr Ruszymah Idrus, Ketua Pusat Kejuruteraan Tisu di Pusat Perubatan UKM ketika mengulas kerja-kerja yang di lakukan di pusat tersebut berkata:
“Impian kami adalah untuk membuat tisu atau organ seperti buah pinggang, hati dan jantung. Ini adalah organ-organ yang tidak mampu untuk sembuh sendiri ddan bila gagal berfungsi, pesakit akan berdepan dengan maut. Kami bermula dengan sel-sel rawan dan kemudian sel kulit. Kami bermula dengan sel yang mudah di kultur dan kemudian ke sel yang lebih susah.”
Penyelidikan kejuruteraan tisu di mulakan pada 1999 di Pusat Perubatan UKM apabila kajian tentang rawan dimulakan.
Suami Dr Rusymah, Dr Aminuddin Saim seorang pakar bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) telah berdepan dengan banyak bayi yang dilahirkan tanpa cuping telinga .
Jadi mereka cuba mereplikasikan experiment yang telah dilakukan di Havard Medical School di mana mereka berdua telah menjalani latihan pasca kedotoran.
Suatu experimen di Havard menggunakan Chondrocytes (satu satunya sel dalam rawan manusia) Manusia telah berjaya dibina menjadi cuping telinga tiga dimensi dengan bantuan skafol. Experimen itu tidak mengunakan sel manusia tetapi di UKM mereka mengunakan sel manusia. Implan di masukan ke belakang tikus makmal yang tidak menolak sel manusia. Apa yang menakjubkan cuping telinga manusia tumbuh di belakang tikus tersebut.
“Ia adalah cuping telinga yang kecil, kerana kami ingin menguji keberkesanan teknik tersebut. Apa yang dihasilkan ialah cuping telinga di belakang tikus tersebut yang dibuat dengan sel rawan manusia,” kata Dr Ruszymah.
Untuk memahami teknik perubatan regeneratif dan bagaimana ia mampu menuju kepada pembuatan anggota dan organ manusia, sedikit pengetahuan tentang bidang perubatan yang agak baru ini perlu untuk menghayati sumbangannya pada bidang perubatan.
Memahami Kejuruteraan Tisu
Bidang kejuruteraan tisu bermula apabila berlaku penemuan mengenai sel dan tabiatnya. Pada abad ke sembilan belas (1838-1839), Schleiden and Schwann memformulasikan "Teori Sel" berdasarkan penemuan mikroskopik mereka. Teori tersebut mengatakan sel mempunyai dua kewujudan sebagai entiti tersendiri dan sebagai blok binaan dalam penbangunan organisma.
Secara analogi, sel boleh disamakan dengan pekerja dalam sebuah syarikat korporat. Syarikat tersebut yang menjayakan sesuatu tetapi individu yang bekerja dalam syarikat itu yang memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Seorang pekerja itu bolehlah dianggap sebagai sel dan syarikat tersebut dapat disamakan sebagai anggota tubuh badan yang lengkap.
Jika sesebuah syarikat mahu mendapat tempat teratas di dalam industrinya, ia perlu mempunyai pekerja yang berkebolehan. Ini dapat dicapai dengan menghantar para pekerjanya keluar untuk dilatih agar bekerja menuju matlamat syarikat. Kejuruteraan tisu bolehlah diumpamakan seakan menghantar sel ke kem bina semangat.
Manfaatnya kepada pesakit pula adalah mereka akan menikmati tempoh sembuh yang lebih singkat dan rawatan perubatan yang kurang traumatik.
Bayangkan seseorang yang memerlukan pengantian lutut, tidak lagi perlu menghadapi situasi di mana lututnya dibedah dan digantikan dengan objek asing. Sebaliknya apa yang perlu hanyalah satu suntikan dan tulang lututnya akan tumbuh semula seperti sedia ada.
Membuat organ Manusia
Semenjak penemuan teori sel ini para saintis asyik ingin mengetahui sama ada sel boleh di latih diluar badan manusia, seperti pekerja di syarikat. Selepas di dapati yang ia memang boleh di lakukan; melatih dan memanipulasikan sel di luar badan manusia mereka kini bergerak selangkah ke hadapan.
“Kejuruteraan tisu mengunakan stem sel untuk membuat bahagian badan manusia, contohnya jika seseorang yang mengalami kerosakan kornea, dengan memanipulasikan sel stem daripada pesakit tersebut, kornea baru dapat dihasilkan untuk mengantikan kornea yang rosak itu,” kata Ruszymah
Jantung dan kejuruteraan tisu
Tidak seperti anggota yang lain jantung manusia tidak menpunyai sistem sembuhan kendiri. Rawatan untuk masalah saluran jantung adalah dengan membuat pemintasan jantung. Ini akan melibatkan pengambilan urat di kaki, membelah dada, memberhentikan jantung dan menjahit urat tersebut kepada jantung, untuk membolehkan darah disalurkan ke jantung.
Penyelidik UKM sedang mengkaji cara untuk memudahkan proses untuk menyembuhkan jantung dengan mengunakan teknologi kejuruteraan tisu. Dimasa yang akan datang merawat saluran jantung yang tersekat oleh lemak dan kolestrol tidak akan memerlukan belahan di dada seperti yang dilakukan sekarang.
“Di UKM kami telah mula mengkulturkan sel-sel jantung. Walaupun kami tidak mengkulturkan jantung manusia , kami mencubanya ke atas kambing biri biri. Di masa akan datang, jika seorang mengalami serangan jantung yang teruk, kita boleh menyuntik sel stem yang telah dirawat, kebahagian yang rosak dan Ia akan tumbuh menjadi otot atau saluran darah jantung.” kata Ruszymah.
Tanpa perlu melakukan pengambilan urat di kaki dari pesakit saluran darah akan tumbuh dengan sendirinya di jantung. Ini akan membuat cara pembedahan sekarang seperti ketinggalan zaman.
Kornea
Para penyelidik UKM telah berjaya mengunakan teknologi kejuruteraan tisu untuk membuat kornea lapisan di depan mata. Kornea yang rosak tidak dapat menerima cahaya untuk masuk dalam mata dan akhirnya menyebabkan pesakit menjadi buta.
Dr Ruszymah berkata pasukan penyelidiknya telah mencapai kejayaan dalam membuat kornea dan hanya menunggu ujian klinikal sebelum ia dapat di memanfaatkan pesakit.
Kelebihan tisu kornea yang dihasilkan adalah kerana ia ‘autologous’ sepenuhnya .
“Walaupun terdapat banyak tempat di dunia yang mampu membuat kornea, ini (yang dilakukan di UKM) adalah autologous sepenuhnya (ia dihasilkan mengunakan sumber dari pesakit tersebut dan bukannya tiruan). Masalah tisu yang dijuruterakan secara autologous adalah penghantarannya kerana agak susah untuk memindahkannya daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Oleh itu walaupun ada pusat lain yang membuat kornea tetapi ia tidak dapat memanfaatkan penduduk Malaysia,” kata Dr Ruszymah.
Rawan dan Tulang
Experimen yang di jalankan ke atas haiwan telah membuktikan kejayaan dalam penghasilan sendi lutut. Ini merupakan satu rahmat kepada pesakit osteoathritis yang menanggung kesakitan sendi yang perit.
Kesakitan tersebut disebabkan rawan lutut yang telah rosak. Ia adalah bahagian yang menyambungkan bahagian kaki disebelah atas dan bahagian kaki bawah. Apabila sendi lutut bergesel ia akan menyebabkan kesakitan. Rawatan yang sedia ada untuk masalah ini adalah gantian lutut.
“Kami telah siasat kecacatan fokal dan osteoarthritis di sendi lutut pada biri biri. Sendi lutut selalunya rosak kerana kecederaan apabila bersukan atau kerana usia yang meningkat.
“Kerosakan ini dapat dirawat dengan suntikan stem sel. Kami telah pun buktikan ini berjaya dalam model haiwan dan langkah seterusnya adalah ujian klinikal keatas manusia...” kata Dr Ruszymah.
Apa yang dimaksudkan sendi lutut yang rosak dapat ditumbuhkan kembali tanpa perlu melakukan gantian lutut
“ Kami juga boleh merawat tulang yag gagal bersambung kembali (tulang retak atau patah yang tidak dapat bercantum melalui rawatan biasa). Dengan mengunakan teknologi kejuruteraan tisu kami dapat mencantumkan tulang tersebut,” katanya.
Apabila tulang patah mengikut kaedah yang ada sekarang doktor akan membantu mencantumkan tulang tersebut dengan plat besi. Tetapi dengan mengunakan teknologi kejuruteraan tisu yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik UKM tulang yang tidak dapat bercantum ‘non union’ boleh dicantumkan kembali.![]()

