Khasiat minyak kelapa sawit dibincangkan di simposium makanan antarabangsa

Jumaat, 20 Ogos 2010 17:34
Cetak PDF

Oleh Kuah guan Oo

BANGI, 20 Ogos 2010 - Berbagai penggunaan dan khasiat minyak kelapa sawit  termasuk sebagai bahan memelihara kesihatan akan dibincangkan dengan meluas di suatu simposium mengenai sains dan teknologi makanan di Afrika Selatan minggu depan.

Simposium Sedunia mengenai Sains dan Teknologi Makanan ke15 akan berlangsung di Cape Town  dari 22 hingga 26 Ogos ini dengan dianjurkan oleh Persatuan Antarabangsa mengenai Sains dan Teknologi Makanan (IUFoST).

Apa yang menakjubkan ialah Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia berjaya mendapat kan IUFoST menetapkan sehingga separuh hari simposium itu untuk membincangkan persoalan mengenai minyak kelapa sawit selain dari mendapatkan dua orang pakar antarabangsa memberi keterangan mengenai khasiatnya, kata Dr Liew Siew Ling, seorang ahli sains dan pensyarah di UKM.

Dr Liew dari Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan akan memaparkan osternya mengenai probiotik di simposium itu.

Dalam satu notanya kepada perwakilan ke simposium itu, Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia menerangkan bahawa antara perkara yang akan dibentangkan beberapa orang pakar mengenai khasiatnya yang unik disimposium itu termasuk:

» Penggunaan minyak dan fraksi kelapa sawit dalam menghasilkan lemak transbebas.

» Kedudukan terkini mengenai khasiat pemakanannya.

» Penggunaan bahan bioaktifnya untuk nutraseutikal dan kosmoseutical.

» Masa depan minyak sawit dan olein sebagai bahan untuk goreng dan bakar.