Tengku Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Ahmad Rithauddeen Al-Haj dilantik semula sebagai Pro Canselor UKM

Jumaat, 09 Julai 2010 09:19
Cetak PDF



9 Julai 2010

Tengku Tan Sri Dato’ Seri  (Dr) Ahmad Rithauddeen Al-Haj dilantik semula sebagai Pro Canselor UKM


Tengku Tan Sri Dato’ Seri  (Dr) Ahmad Rithauddeen Al-Haj dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia mulai 1 April 2010 hingga 31 Mac 2012 di bawah peruntukan Seksyen 11(1) perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perlantikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen telah diperkenankan oleh Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir.

Tengku Tan Seri Rithauddeen mula berkhidmat sebagai Pro Canselor UKM  dari 1 Januari 1992. Lantikan semula ini adalah merupakan penggal kelapan. Beliau kini merupakan Pro Canselor UKM yang paling lama berkhidmat.

Sebagai Pro Canselor UKM, beliau banyak menyumbang bakti dam jasa dalam membantu memajukan UKM sebagai sebuah universiti terkemuka di rantau ini dan di arena antarabangsa.

Tengku Tan Sri Rithauddeen yang berkelulusan undang-undang, memulakan kerjayanya di dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan sejak tahun 1956. Beliau kemudiannya menceburi bidang politik dan pernah memegang jawatan timbalan menteri dan menteri kabinet dari tahun 1070 hingga 1990.

Beliau kini terlibat dalam dunia korporat dan memegang beberapa jawatan sama ada sebagai pengarah ataupun pengerusi syarikat.

 

Untuk Maklumat Lanjut Sila hunbungi

Prof Dr Mohd Safar Hasim

Pengarah

Pusat komunikasi Korporat

Universiti Kebangsaan Malaysia

038921-4142

Hp: 0192101947