NAIB CANSELOR
YBhg. Tan Sri’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Salam Sejahtera.
Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua ahli persatuan Perwakilan Agama Hindu Universiti Kebangsaan Malaysia (PAHUKM) yang telah bertungkus-lumus menjayakan pelancaran Laman Web ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha yang gigih dan padu daripada setiap ahli dalam PAHUKM.
Sebagaimana kita sedia maklum, PAHUKM merupakan satu-satunya persatuan di bawah PMUKM yang mewakili mahasiswa India di UKM. Justeru, saya berharap persatuan ini dapat dijadikan sebagai satu platform untuk meningkatkan kecemerlangan mahasiswa India di UKM.
Saya juga berbangga dengan kesungguhan persatuan ini melaksanakan pelbagai program terutamanya program Fiesta Kesenian yang telah berlangsung dengan jayanya pada tahun lepas. Program tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan citra UKM di kalangan institusi pengajian tinggi yang lain. Saya berharap semua mahasiswa dapat mengekalkan semangat yang jitu, mengamalkan kerja berpasukan dan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi bagi memastikan kejayaan yang dicapai dapat dipertahankan.
Akhir kata, saya berharap mahasiswa India di UKM akan menjadi contoh yang baik dan menjadi penjana kepada pembentukan masyarakat yang berfikiran matang dan progresif. Semoga dengan adanya Laman Web ini, segala maklumat dan aktiviti persatuan dapat disampaikan dengan lebih pantas dan meluas.
Sekian.
YBhg. Tan Sri’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.