::KATA-KATA ALUAN::
PENASIHAT PAH 
Prof Madya Dr. Pramela Krish
Vanakam dan Salam Sejahtera,

Sukacita saya mengambil peluang keemasan ini untuk melafazkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua AJK Perwakilan Agama Hindu Universiti Kebangsaan Malaysia (PAHUKM) kerana berjaya membina dan melancarkan laman web ini.

Dengan adanya laman web ini, maka kewujudan Perwakilan Agama Hindu sebagai satu persatuan bawah PMUKM akan lebih dikenali oleh semua warga UKM dan masyarakat luar UKM. 

Saya berharap semua program anjuran PAHUKM dapat melahirkan mahasiswa yang bersatu-padu, bekerjasama, berharmoni serta berwawasan. Justeru itu, ia juga dapat mencetuskan minda mahasiswa yang lebih kreatif dan berinovasi. 

Dengan ini, saya berharap mahasiswa akan menjadikan Perwakilan Agama Hindu sebagai platform terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. 

Semoga Perwakilan Agama Hindu dapat mengekalkan perpaduan dan persefahaman di kalangan warga UKM. 

Sekian, terima kasih.

Prof Madya Dr. Pramela Krish
Penasihat Perwakilan Agama Hindu


::PAUTAN::
Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.

PAH            ORGANISASI            KATA ALUAN               AKTIVITI
PERWAKILAN AGAMA HINDU
PERWAKILAN AGAMA HINDU        SESI 2010/2011                UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Web Page Maker, create your own web pages.