::KATA-KATA ALUAN::
TIMBALAN NAIB CANSELOR 
Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak
Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perwakilan Agama Hindu Universiti Kebangsaan Malaysia (PAHUKM) kerana berjaya membina Laman Web ini. Pada kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada PAHUKM kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Laman Web ini.

Saya amat berbangga kerana sebagai sebuah persatuan yang mewakili mahasiswa India di UKM, persatuan ini telah banyak menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat kepada mahasiswa India. Penganjuran pelbagai program ini juga dapat memberi galakan kepada mahasiswa untuk menyertai aktiviti yang memberi nilai tambah kepada mereka. Selain itu, ia juga dapat memberi pengalaman yang berguna kepada mahasiswa untuk dipraktikkan setelah menamatkan pengajian kelak.

Saya juga yakin program yang dianjurkan oleh PAHUKM akan dapat membentuk satu ikatan yang baik dan berfaedah antara mahasiswa dan masyarakat luar. Justeru, saya berharap mahasiswa dapat merebut peluang ini sebaik-baiknya dalam usaha memperlengkapkan diri untuk menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan.

Akhir kata, saya berharap penganjuran aktiviti oleh persatuan ini dapat menyemarakkan lagi semangat mahasiswa untuk meningkatkan citra UKM di mata masyarakat.

Sekian.

.
Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak
Timbalan Naib Canselor
Hal-ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Kebangsaan Malaysia
::PAUTAN::
Copyright 2007-2008 PAHUKM. All Rights Reserved.

PAH            ORGANISASI            KATA ALUAN               AKTIVITI
PERWAKILAN AGAMA HINDU
PERWAKILAN AGAMA HINDU        SESI 2010/2011                UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Web Page Maker, create your own web pages.