ANTOLOGI CERPEN & SAJAK TAMIL UKM KE-18

Antologi Cerpen dan Sajak Tamil, atau lebih dikenali sabagai ANTO merupakan acara tahunan anjuran Perwakilan Agama Hindu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahun ini merupakan tahun ke-18 program ini diadakan. Program kali telah berlangsung di Bilik Konvensyen, Kolej Keris Mas pada Sabtu, 25 April 2015.

Bidang penulisan merupakan satu tunjang kepada ketamadunan sesuatu bangsa yang perlu dihargai dan disanjungi. Justeru, Antologi Cerpen dan Sajak Tamil ke-18 telah menjadi satu platform untuk perkongsian sajak dan cerpen nukilan para penulis tanah air. Program ini merupakan satu usaha murni untuk membuktikan bahawa pelajar-pelajar India UKM sentiasa bersedia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan, pengalaman, kemahiran di samping memartabatkan keseniaan dan kebudayaan Tamil.

 

Objektif Program :

▪ Memberikan pendedahan kepada para pelajar dalam penganjuran program bercorak penulisan cerpen dan sajak

▪ Memupuk kemahiran pembelajaran sepanjang hayat menerusi program berunsur akademik.

▪ Melengkapkan bakal graduan UKM khasnya para pelajar India dengan kemahiran kerja berpasukan.

▪ Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli-ahli PAH.

▪ Mewujudkan satu platform untuk perkongsian idea secara intelektual supaya para pelajar dapat mengutarakan idea menerusi saluran yang betul

GALERI

 

  • http://wowslider.com/
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
jquery carousel by WOWSlider.com v8.5