Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.
Freshie Pooja adalah program anjuran PAHUKM yang merupakan program pertama yang diadakan pada setiap semesta pertama. Berkonsepkan keagamaan, Freshie pooja diadakan untuk mengalu-alu kedatangan mahasiswa/i tahun pertama ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, Freshie Pooja juga dilihat sebagai satu wacana untuk mahasiswa/i tahun mengenali dan membina silaturahim dengan ahli-ahli PAHUKM yang sedia ada. Majlis yang biasanya diadakan di kuil,akan dimulakan dengan upacara sembahyang dan nyanyian Bahjan. Selepas itu, hadirin akan dijamu makanan yang disediakan oleh pihak kuil.
Pada tahun ini, Freshie Pooja yang diadakan di kuil 'Uchi Pillayar', Kajang memperlihatkan hubungan yang erat terbentuk antara mahasiswa/i baru dengan ahli-ahli PAHUKM. Program yang diadakan pada 31 Julai 2010 ini berjaya menarik pandangan ramai mahasiswa/i tahun pertama terhadap PAHUKM. Rata-rata menyatakan program seperti ini harus dikekalkan kerana ianya berjaya menonjolkan sikap prihatin dan tanggungjawab PAHUKM terhadap mahasiswa/i tahun pertama, khususnya mereka yang beragama Hindu dalam menempuh cabaran baru di menara gading.