FRESHIE POOJA

Freshie Pooja adalah program anjuran PAHUKM yang merupakan program pertama yang diadakan pada setiap semester pertama. Berkonsepkan keagamaan, Freshie pooja diadakan untuk mengalu-alu kedatangan mahasiswa/i tahun pertama ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, Freshie Pooja juga dilihat sebagai satu wacana untuk mahasiswa/i tahun pertama mengenali dan membina silaturahim dengan ahli-ahli PAHUKM yang sedia ada. Majlis yang biasanya diadakan di kuil,akan dimulakan dengan upacara sembahyang dan nyanyian Bhajan. Selepas itu, hadirin akan dijamu makanan yang disediakan oleh pihak kuil.

Pada tahun ini, Freshie Pooja yang diadakan di Kuil Sri Subramaniya Swami, Jalan Reko, Kajang memperlihatkan hubungan yang erat terbentuk antara mahasiswa/i baru dengan ahli-ahli PAHUKM. Program yang diadakan pada 9 Oktober 2014 ini berjaya menarik pandangan ramai mahasiswa/i tahun pertama terhadap PAHUKM. Program kami pada kali telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan. Rata-rata menyatakan program seperti ini harus dikekalkan kerana ianya berjaya menonjolkan sikap prihatin dan tanggungjawab PAHUKM terhadap mahasiswa/i tahun pertama, khususnya mereka yang beragama Hindu dalam menempuh cabaran baru ke menara gading.

 

GALERI

 

  • wow slider
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
jquery carousel by WOWSlider.com v8.5