"Old Folks' Home Visit"

Perwakilan Agama Hindu terlibat aktif dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik. Antara sumbangan yang pernah diberi oleh ahli-ahli kami meliputi sumbangan berbentuk wang ringgit, berbentuk barangan serta tenaga. Sumbangan-sumbangan ini sebenarnya diperoleh menerusi aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh PAHUKM. Pada tahun-tahun yang lepas, sumbangan-sumbangan yang berjaya dikutip akan diagihkan kepada mereka yang memerlukannya. Antara penerima sumbangan ini termasuklah mereka yang dari keluarga daif, sekolah-sekolah rendah yang kekurangan infrastruktur, mahasiswa/i yang mengalami musibah dalam keluarga, warga emas dan kanak-kanak istimewa dan sebagainya. Moga-moga bantuan yang tidak seberapa dari Perwakilan Agama Hindu, UKM, dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka yang tidak bernasib baik.

Pada bulan Mac yang lalu, Perwakilan Agama Hindu telah mengadakan lawatan ke Pusat Penjagaan Wanita & Warga Emas, Kajang. Program ini telah disertai seramai 20 orang ahli yang sudi meluangkan masa dan tenaga mereka demi kebajikan warga emas di pusat penjagaan tersebut. Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh PAH adalah menyediakan makanan dan minuman, buah-buahan, katil tidur, pakaian dan juga alat tulis bagi beberapa orang kanak-kanak yang tinggal di pusat penjagaan tersebut.

 

GALERI

 

  • wow slider
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
jquery carousel by WOWSlider.com v8.5