PERTANDINGAN KABADDI 1 MALAYSIA

 

Sukan dilihat sebagai salah satu acara sampingan yang menjadi tumpuan setiap ahli PAH pada setiap tahun. Sukan dalam PAH adalah sesuatu yang besar untuk digambarkan. Selaras dengan itu, PAH membawa idea untuk menganjurkan pertandingan Kabaddi ini antara universiti dan kolej seiring merealisasikan hasrat Kerajaan iaitu konsep 1 Malaysia dalam kalangan mahasiswa/i di IPTA dan IPTS. Maka, terhasilnya Pertandingan Kabaddi 1 Malaysia

Program ini merupakan program tahunan Perwakilan Agama Hindu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahun ini merupakan tahun keempat program ini diadakan dengan tema "Permainan Tradisional, Teras Perpaduan". Program ini dijalankan untuk merealisasikan pelajar tentang keunikan permainan kabaddi dan semangat untuk memartabatkan sukan tradisi ini pada masa akan datang. Ahli-ahli Perwakilan Agama Hindu sendiri dapat menabur semangat sukan mereka dengan berkongsi pengalaman dan membimbing pelajar-pelajar untuk menganjurkan sukan tradisional ini.

 

Objektif Program :

▪ Menjadikan program ini sebagai satu tapak untuk melahirkan generasi mahasiswa/i yang bersikap berkaliber dari segi jasmani, emosi, dan rohani

▪ Untuk mengharumkan nama UKM sebagai pusat sukan yang terbaik dalam kalangan masyarakat luar

▪ Melengkapkan bakal graduan UKM khasnya para pelajar India dengan kemahiran kerja berpasukan.

▪ Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli Perwakilan Agama Hindu.

 

GALERI

 

  • responsive slider
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
jquery carousel by WOWSlider.com v8.5