Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.
PAHUKM terlibat aktif dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik. Antara sumbangan yang pernah diberi oleh ahli-ahli PAHUKM meliputi sumbangan berbentuk wang ringgit, berbentuk barangan serta tenaga. Sumbangan-sumbangan ini sebenarnya diperoleh menerusi aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh PAHUKM. Antaranya termasuklah menganjurkan program-program mengutip derma, jualan barangan makanan sewaktu musim perayaan dan tidak terkecuali, Fiesta Kesenian yang sememangnya diadakan untuk mengumpul dana untuk membantu sekolah-sekolah yang daif.
Sumbangan sumbangan yang berjaya dikutip akan diagihkan kepada mereka yang memerlukannya. Antara penerima sumbangan ini termasuklah mereka yang dari keluarga daif, sekolah-sekolah rendah yang kekurangan infrastruktur, mahasiswa/i yang mengalami musibah dalam keluarga, warga emas dan kanak-kanak istimewa dan sebagainya.
Moga-moga bantuan yang tidak seberapa dari PAHUKM, dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka yang tidak bernasib baik.