Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.

PAH            ORGANISASI            KATA ALUAN              AKTIVITI
PERWAKILAN AGAMA HINDU
PERWAKILAN AGAMA HINDU                SESI 2009/2010                UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
WARNA
Warna biru melambangkan warna rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Warna merah melambangkan keberanian setiap ahli dalam Perwakilan ini untuk menghadapi segala cabaran pada masa akan datang.

OBJEK

Alat muzik tradisional India (Tabla) melambangkan kebudayaan masyarakat India. Api melambangkan semangat dan kerjasama yang diberikan oleh setiap orang ahli untuk melaksanakan dan menjayakan    aktiviti – aktiviti persatuan Buku melambangkan akademik yang merupakan aspek yang menjadi keutamaan ahli-ahli persatuan ini.

Methoboard yang menunjukkan matlamat utama semua ahli Perwakilan ini untuk menjadi graduan-graduan yang berwibawa dan berkaliber disamping sentiasa aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. 

BENTUK LOGO

Perisai menunjukkan kami sedia menghadapi segala cabaran dan rintangan dari luaran atau dalaman dalam mempertahankan Perwakilan.

TURUTAN

Methoboard diletakkan dibahagian atas logo kerana ia merupakan lambang kejayaan seseorang mahasiswa/i setelah mereka melangkah masuk universiti. Setelah matlamat ditentukkan, maka setiap mahasiswa/i perlu belajar untuk mencapai matlamat itu. Buku melambangkan maksud tersebut. Kemudian di bawah lambang buku terdapat nyalaan api dan alat muzik tradisional India.

Kedua – dua objek ini diletakkan di bahagian bawah logo kerana ia diklasifikasikan sebagai lambang ketiga penting yang membawa maksud mahasiswa/i India bukan sahaja perlu aktif dalam melibatkan diri dan memberi komitmen kepada aktiviti di peringkat kolej dan universiti.
::LOGO PERWAKILAN AGAMA HINDU::
Web Page Maker, create your own web pages.