Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.
~Matlamat persatuan ialah melahirkan ahli-ahli Perwakilan yang bersatu padu, berintegriti dari segi rohani, intelek dan fizikal serta menjadi sebuah persatuan yang profesional dalam segala aspek pentadbiran.
~Mengeratkan perpaduan dan ikatan tali persaudaraan di kalangan ahli Perwakilan serta keseluruhan masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia.
~Memperkenalkan serta mewujudkan perasaan cintakan budaya, bahasa dan negara di kalangan ahli Perwakilan serta masyarakat kampus keseluruhannya.
~Mencungkil bakat baru daripada mahasiswa/i dalam pelbagai bidang supaya dapat melahirkan serta membentuk insan yang bersemangat waja dan kental dalam membantu negara mencapai Wawasan 2020.
Þ AKADEMIK
* Untuk memelihara kecemerlangan akademik di kalangan ahli persatuan, masyarakat kampus dan luar kampus melalui aktiviti yang dijalankan.
Þ KEAGAMAAN
* Untuk memelihara dan meningkatkan persefahaman tentang agama Hindu di kalangan ahli Perwakilan khasnya dan masyarakat UKM secara amnya.
* Untuk menerapkan prinsip, nilai serta ajaran agama Hindu melalui aktiviti yang dijalankan di kalangan ahli Perwakilan agar dapat mendalami ajaran keagamaan.
Þ KEBAJIKAN
* Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kebajikan bagi ahli Perwakilan, masyarakat kampus dan luar kampus serta mewujudkan kesedaran dan keprihatinan terhadap orang lain.
Þ KEBUDAYAAN
* Untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan kebudayaan masyarakat India bagi memberi gambaran yang sempurna mengenai keaslian dan keunikan budaya masyarakat India.
Þ SOSIAL
* Untuk menjalin persefahaman dan merapatkan perhubungan silaturahim di kalangan ahli Perwakilan dengan masyarakat kampus dan luar kampus UKM.
* Untuk merapatkan lagi perhubungan persaudaraan dengan kakitangan UKM.
Þ BAHASA
* Untuk memartabatkan serta memperluaskan lagi pengetahuan mengenai bahasa ibunda serta penggunaan sebagai bahasa kedua pertuturan ahli Perwakilan.
* Memperluaskan pengetahuan mengenai Kesusasteraan Tamil lama dan baru serta tulisan klasik dan moden Tamil di kalangan ahli Perwakilan serta masyarakat kampus.