Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.
Perwakilan Agama Hindu Universiti Kebangsaan Malaysia telah tubuhkan pada tahun 1985 bagi mengeratkan perpaduan dan ikatan tali persaudaraan di kalangan mahasiswa/siswi kaum India di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, PAHUKM ditubuhkan untuk memperkenalkan serta mewujudkan perasaan cintakan budaya, bahasa dan negara di kalangan ahli perwakilan serta masyarakat kampus keseluruhannya.
PAHUKM juga bertujuan mencungkil bakat baru daripada mahasiswa/i dalam pelbagai bidang supaya dapat melahirkan serta membentuk insan yang bersemangat waja dan kental dalam membantu negara mencapai Wawasan 2020. Secara keseluruhannya, kewujudan PAHUKM menunjukkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil berat akan kebajikan mahasiswa/i India.