Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.

PERWAKILAN AGAMA HINDU
PERWAKILAN AGAMA HINDU                SESI 2009/2010                UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
:: PESTA PONGGAL::
       Pada 27 Januari 2008, Pertandingan Ponggal telah diadakan di kalangan ahli PAHUKM di padang Dataran Panggung Seni pada jam 9.00 pagi. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Exco Kebudayaan dan Kesenian, saudara Paramesiven Rangan. Pertandingan ini telah melibatkan 17 kumpulan di mana setiap kumpulan diwakili oleh 3 orang. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli - ahli PAHUKM dan sempena merayakan Hari Ponggal sebagai satu keluarga. Pesta Ponggal yang dianjurkan buat kali ke-2 lebih meriah berbanding tahun lalu. Pemenang pertandingan ini telah diadili dengan mengambil kira masa nasi ponggal dimasak, perhiasan tapak memasak nasi ponggal dan juga rasa nasi ponggal. Pada sebelah petang, pertandingan tradisional pula diadakan di padang. Antaranya adalah Pecah periuk belangga,Kabadi,Tarik tali,Membuat thoranam dan sebagainya. Pemberian hadiah kepada pemeneng dan persembahan kebudayaan diadakan pada pukul 8.00 malam dan pada julung kalinya dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Ybhg. Dato Dr. Saran Kaur Gill. Kehadiran beliau memeriahkan lagi majlis sekaligus memberi semangat untuk meneruskan Pesta Ponggal pada tahun-tahun akan datang. 
PAH            ORGANISASI            KATA ALUAN               AKTIVITI
Web Page Maker, create your own web pages.