Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.

PERWAKILAN AGAMA HINDU
PERWAKILAN AGAMA HINDU                SESI 2009/2010                UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
::SEJARAH PENUBUHAN PAHUKM::
   Tahun ini merupakan tahun ke-25 penubuhan PAHUKM sejak 1985. En Ananthan yang merupakan pengasas kepada PAHUKM, merupakan Presiden pertama PAHUKM sebelum kepimpinan beliau diterajui oleh En Thiagarajan yang juga Presiden PAHUKM ke-2. Pada awal penubuhan PAHUKM,bilangan ahlinya adalah kurang sebelum mula mendapat perhatian apabila aktiviti-aktiviti yang bercorak kemasyarakatan, keagamaan, pendidikan, kebudayaan dan pendidikan diperkenalkan. Salah satu program mega PAHUKM pada awal penubuhannya adalah Malam Muhibah Jalinan Deepavali yang diadakan secara besar-besaran.

   Selain itu, terdapat juga program Pesta Ponggal yang dianjurkan dibawah Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) pada ketika itu. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli PAHUKM dan bukan ahli akan ditubuhkan untuk melaksanakan Pesta Ponggal ini. Namun, sesudah Pesta Ponggal jawatankuasa ini akan dibubarkan semula. Presiden PAHUKM pada ketika itu berpendapat Malam Muhibah Jalinan Deepavali dan Pesta Ponggal dapat disatukan menjadi satu program yang besar. Menerusi hasil usaha beliau, kini gabungan itu dikenali sebagai Fiesta Kesenian dan julung kali diadakan pada tahun 1999. Sehingga ke hari ini, program Fiesta Kesenian masih lagi menjadi tradisi dalam PAHUKM.

   Di samping itu, ceramah keagamaan juga akan diadakan pada setiap hari Jumaat kepada ahli-ahli PAHUKM yang majoritinya beragama Hindu. Dari situ munculnya Program Antologi Cerpen Dan Sajak Tamil atau akronimnya, ANTO. Pn Thilagawathi merupakan pengasas ANTO pertama. Tujuan utama ANTO dilaksanakan adalah untuk menanam semangat membaca dan mempelajari bahasa ibunda kita, yakni Bahasa Tamil menerusi pertandingan menulis sajak dan cerpen Bahasa Tamil. Sepertimana Fiesta kesenian, ANTO juga masih diteruskan sehingga ke hari ini.



PAH            ORGANISASI            KATA ALUAN               AKTIVITI
Web Page Maker, create your own web pages.