SKANTHA CAMP 2014

 

"Skantha Camp" merupakan kem motivasi tahunan yang dianjurkan oleh Education, Welfare and Research Foundation (EWRF) Kajang bersama pihak Kuil Sri Subramaniyam Swami, Kajang. Kem ini diadakan khasnya bagi pelajar sekolah berumur dari 12 hingga 15 tahun di sekitar kawasan Kajang. Para peserta kem dikehendaki tinggal di kuil tersebut selama 3 hari 2 malam sepanjang kem ini berlangsung. Antara jenis aktiviti yang diadakan sepanjang kem ini ialah ceramah keagamaan, ceramah motivasi dan pembangunan diri, dan refleksi diri.

Pada kali ini, Perwakilan Agama Hindu telah dijemput untuk bekerjasama dengan EWRF Kajang dan juga Kuil Sri Subramaniya Swami untuk menjayakan kem ini. Seramai 15 orang ahli Perwakilan Agama Hindu telah menjadi fasilitator diketuai oleh mantan Yang Di Pertua Perwakilan Agama Hindu, Dinesh Kumar.

 

GALERI

 

  • cssslider
  • IMG_0241
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 IMG_024113
jquery carousel by WOWSlider.com v8.5