Copyright 2009-2010 PAHUKM. All Rights Reserved.
SUKAN dilihat sebagai salah satu acara sampingan yang menjadi tumpuan setiap ahli PAHUKM pada setiap tahun. 'Sukan dalam PAHUKM' adalah sesuatu yang besar untuk digambarkan. Maka, segala aktiviti-aktiviti yang bercorakkan kesukanan, telah dikumpulkan bersama dibawa kata kunci tersebut. Pelbagai aktiviti kesukanan telah dianjurkan oleh PAHUKM, secara langsung mahupun tidak langsung untuk ahli-ahli PAHUKM. Baik dari acara padang (out door), mahupun acara dalaman (in door), aktiviti-aktiviti ini telah menjalinkan hubungan erat antara ahli-ahli PAHUKM dan juga bekas ahli. Selain dari sukan, aktiviti rekreasi iaitu Program Adik Angkat Pangkor telah dijalankan.
Berikut merupakan antara aktiviti-aktiviti sukan yang pernah dianjurkan oleh PAHUKM. Terdapat juga aktiviti-aktiviti tidak langsung yang kerap diadakan seperti berenang, merentas desa dan sebagainya.
::AKTIVITI-AKTIVITI SUKAN LAIN::