TEMPAHAN BUKU

Pelajar Tahun 3 / Pasca Siswazah / Ahli Akademik & Kakitangan UKM boleh membuat tempahan dengan menggunakan nombor patron ID PATMA (di belakang kad matrik). Contoh : 0033333

 

PELAJAR TAHUN 1 & 2
  Dibenarkan membuat rujukan di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Tiada caj rujukan dikenakan.  

  Dibenarkan menggunakan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu sebagai ahli rujukan sahaja. Pelajar Tahun 1 & 2 tidak dibenarkan membuat tempahan buku kerana bukan ahli perpustakaan.

 

PEMBAHARUAN PINJAMAN
Pelanggan perpustakaan dibenarkan membuat pembaharuan pinjaman sebanyak 3 kali sahaja. Pembaharuan juga boleh dilakukan sendiri oleh pelanggan melalui GEMILANG dengan memasukkan Patron ID dan Password masing-masing. Pembaharuan hendakalah dilakukan sehari sebelum tarikh akhir pinjaman bahan.

Sekiranya mempunyai sebarang masalah ketika melakukannya, pelanggan boleh merujuk kepada kakitangan bertugas di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan, Aras 2 dan Aras 3.
 

http://pkukmweb.ukm.my/~patma/
Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 
43600 Bangi, Selangor DE, Malaysia
603-8921 3108 / 5132/ 3149 (TEL) 603-8921 5958 (FAKS)