Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities  
line decor
: UKM : Home : Contents, Abstract and References :
line decor
 

 

AKADEMIKA  77 (December  2009)

Penglibatan Komuniti dalam Program Pembangunan
Luar Bandar: Kajian Kes di Pusat Pertumbuhan Desa
Gedong, Sarawak

Community Participation in Rural Development Program: A Case
Study in Rural Growth Center Gedong, Sarawak

HASLINA HASHIM & REGINA GARAI ABDULLAH

ABSTRAK
Makalah ini membincangkan isu penglibatan komuniti dengan memfokus
kepada penglibatan komuniti dalam pelaksanaan program Pusat
Pertumbuhan Desa (PPD) di Sarawak. PPD merupakan strategi pembangunan
luar bandar yang bertujuan mewujudkan sebuah petempatan desa mapan
yang dilengkapi dengan komponen-komponen infrastruktur, ekonomi, pusat
perkhidmatan dan pembangunan manusia. Program ini melibatkan
peruntukan dana yang besar dan kejayaannya juga bergantung pada input
komuniti setempat. Oleh itu, makalah ini akan mengupas persepsi komuniti
terhadap penglibatan mereka, dengan mengambil PPD Gedong, salah satu
PPD terawal di Sarawak, sebagai kajian kes. Kajian ini juga melihat
sejauhmanakah penglibatan komuniti dilaksanakan di PPD Gedong dan kesankesannya
terhadap kualiti hidup komuniti tersebut. Perbincangan mengenai
tahap penglibatan komuniti pula dibuat berdasarkan tipologi penglibatan
yang diutarakan oleh Pretty dan model penglibatan yang diperkenalkan oleh
Arnstein. Kajian mendapati tahap penglibatan komuniti di PPD Gedong adalah
amat rendah. Penglibatan tersebut boleh dikategorikan sebagai penglibatan
pasif (tipologi Pretty) dan penglibatan secara terapi (model Arnstein),
walaupun secara teorinya penglibatan yang dibayangkan melalui projek
pembangunan di PPD Gedong adalah penglibatan secara usaha sama (tahap
ke-6 dalam model Arnstein). Perbezaan ini terjadi berikutan wujudnya faktor
kekurangan maklumat yang disalurkan kepada komuniti, komuniti tidak
terlibat dalam proses membuat keputusan dan juga faktor ketelusan dalam
membuat keputusan. Faktor-faktor ini mengakibatkan komuniti tidak terlibat
secara aktif dalam pembangunan di kawasan PPD Gedong, yang akhirnya
mengganggu perkembangan di PPD tersebut. PPD Gedong dianggap sebagai
satu inisiatif yang gagal memandangkan PPD itu tidak mencapai kesemua
matlamat penubuhannya. Kajian ini mendapati kegagalan pihak pelaksana
dalam melibatkan komuniti dalam proses pembangunan merupakan salah
satu punca kegagalan PPD Gedong.

Kata kunci: Pembangunan luar bandar, pusat pertumbuhan desa, penglibatan
komuniti, ketidakseimbangan wilayah, kemiskinan luar bandar


ABSTRACT

This article discusses the issues of community participation with special
reference to the Rural Growth Centre (RGC) programme in Sarawak. The RGC
is aimed at creating growth centres which are self-sufficient and equipped
with the infrastructure, economic, service centre and human capital components.
The establishment of an RGC involves large financial obligation and local
community participation is essential in ensuring its success. Hence, this article
examines the community perceptions regarding their participations in RGC
development, specifically looking at RGC Gedong, one of the earliest RGCs
established in Sarawak, as the case study area. The article also looks at the
extent to which the community participates in the implementations of RGC
Gedong and its impacts in terms of improving the community’s quality of life. In
addition, community participations are discussed using Pretty’s typology of
participation and Arnstein’s Ladder of Participation Model. It is found that
the level of community participation in RGC Gedong is very low and it is
categorised as passive participation (Pretty’s Typology) and participation as
therapy (Arnstein’s Model), despite the fact that it should have been classified
as partnership participation. This discrepancy exists due to lack of transparency
in decision making, lack of information given to the community as well as the
lack of control (or power) on the part of the community in the decision making
process. All these have resulted in the lack of active community participations,
which actually hinder the development of RGC Gedong. It can be considered as
a failed initiative as it did not achieve all its goals and one of the contributing
factors is the failure to involve the community in the development process.

Keywords: Rural development, rural growth centre, community participation,
regional disparities, rural poverty