ABSTRAK
Geopark merupakan pendekatan pemuliharaan yang inovatif untuk memelihara warisan, dan menggalakkan
penyelidikan saintifik, pendidikan awam dan pembangunan ekonomi tempatan. Pada peringkat awal, geopark
ditakrifkan sebagai kawasan pemeliharaan bertaraf kebangsaan yang mengandungi tapak warisan geologi penting,
jarang jumpaan atau bernilai estetik tinggi, dan boleh dibangunkan daripada perspektif pemuliharaan, pendidikan
dan pembangunan lestari. Kebelakangan ini, konsep geopark telah berkembang dan tidak lagi tertumpu kepada
pemeliharaan kawasan. Konsep tersebut telah menjadi alat pembangunan atau jenama sesuatu kawasan yang berjaya
mengimbangi keperluan pemuliharaan sumber tabii-budaya, aktiviti geopelancongan dan kesejahteraan komuniti
tempatan. Dalam program pemuliharaan, penekanan bukan sahaja kepada pemeliharaan tapak geowarisan, tetapi
geopark turut menggalakkan pemuliharaan warisan budaya dan kepelbagaian biologi secara terintegrasi.
Geopelancongan diperkenalkan sebagai produk pelancongan khas yang mampu menggerakkan pelancongan
berasaskan pengetahuan bagi mempromosi pendapatan ekonomi tinggi sambil mengurangkan impak terhadap sumber
asli. Komuniti tempatan pula terangsang untuk turut serta dan terlibat secara aktif dalam pembangunan geopark
serta meningkatkan sosio-ekonomi mereka. Makalah ini membincangkan sejarah dan evolusi konsep geopark ke
arah mempromosi pembangunan lestari wilayah. Geopark sebagai peraga pembangunan lestari wilayah diperkenalkan
berasaskan kerangka pembangunan yang memberikan perhatian kepada tiga komponen utama, iaitu pemuliharaan
warisan, pembangunan komuniti dan pembangunan ekonomi. Perkembangan Langkawi sebagai ahli Global Geoparks
Network pula memberikan penekanan kepada pembangunan pemuliharaan sumber warisan (geologi, biologi dan
budaya), pembangunan infrastruktur pelancongan mesra alam dan penyediaan produk pelancongan berinovatif
berasaskan sumber warisan.
Kata kunci: Geopark, warisan geologi, geopelancongan, pemuliharaan terintegrasi, pembangunan lestari
ABSTRACT
Geopark is an innovative conservation approach for protection of the heritage, and encourage scientific research,
public education and local economic development. Initially, a geopark is defined as a nationally protected area
containing a number of geological heritage sites of particular importance, rarity or aesthetic appeal, which can be
developed as part of an integrated concept of protection, education and sustainable development. Recently, the
concept of geopark has evolved and not just restricted to protected areas. It has become a development tool or
branding of an area, taking into consideration the balance between nature-culture conservation, geotourism activities
and local community well-being. Within the conservation program, the emphasis is not only to protect geoheritage
sites, but it encourages the biodiversity and cultural heritage to be conserved in an integrated manner. The introduction
of geotourism as a special tourism product has also triggered the popularisation of knowledge-based tourism, which
promotes higher income economy with lower impacts to natural resources. Local community is becoming more engaged
and actively participating in the development of geopark, thus able to take the opportunity to enhance their economic
activities. This article highlights the history and the evolution of geopark concept towards promoting regional
sustainable development. The model is introduced based on a development framework that gives emphasis to three
important components: heritage conservation; community development; and economic development. In line with this
framework, the evolution of Langkawi as a member of the Global Geoparks Network focuses on conservation of
heritage resource development, environmentally friendly tourism infrastructure development and the availability of
innovative heritage resource-based tourism products.
Keywords: Geopark; geological heritage, geotourism, integrated conservation, sustainable development
TEKS PENUH/ FULL TEXT (PDF)