ABSTRAK
Singkapan batuan kepulauan Langkawi adalah antara yang terbaik diketahui di Malaysia, mempamerkan pelbagai
jenis batuan sedimen sepanjang usia Paleozoik dan batuan granit berusia Trias Akhir. Pada 1 Jun 2007 Langkawi
Geopark diisytihar sebagai ahli Global Geoparks Network (GGN) ke-52 yang disokong oleh UNESCO. Pengisytiharan
ini adalah berasaskan kehadiran beberapa tapak geowarisan dan landskap geologi berkepentingan kebangsaan
dan rantau. Antaranya termasuk unit batuan dan fosil paling tua, jujukan peristiwa geologi dan batuan Paleozoik
paling lengkap, bukti-bukti paling baik berkaitan kepulauan Langkawi dan Gondwanaland dan landskap kars
kepulauan tropika paling indah di rantau Asia Tenggara. Kebanyakan sumber geowarisan di Langkawi Geopark
dipulihara di bawah Akta Perhutanan Kebangsaan 1984 sebagai geotapak terpelihara, monumen geologi dan
taman georimba atau di dalam hutan simpanan kekal. Antara monumen geologi penting di Langkawi Geopark
termasuklah Pentas Abrasi Pulau Ular, Sempadan Transisi Formasi Pulau Singa Kechil dan Lapisan Fosil Pulau
Anak Tikus. Taman-taman georimba di Langkawi Geopark terdiri daripada Taman Georimba Kambria Machinchang,
Kars Kilim dan Marmar Dayang Bunting. Taman Georimba Kambria Machinchang menampilkan landskap batu
pasir Formasi Machinchang yang berusia Kambria dengan unit batuan dan fosil tertua di rantau ini. Taman
Georimba Kars Kilim pula menonjolkan landskap berpandangan indah kars kepulauan tropika pada batu kapur
Formasi Setul yang kaya dengan fosil, manakala Taman Georimba Marmar Dayang Bunting mempamerkan kars
kepulauan Formasi Chuping. Pemuliharaan sumber geowarisan di Langkawi Geopark adalah tanggungjawab
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang dibantu oleh para penyelidik bagi menangani isu berkaitan
keupayaan tampungan sesuatu geotapak serta usaha bersepadu pelbagai pihak berkepentingan bagi menangani
isu tentang penjagaan alam sekitar.
Kata kunci: Geologi, geowarisan, pemuliharaan, geopark, Langkawi
ABSTRACT
Rock outcrops of Langkawi Islands are among the best known in Malaysia, exhibiting various types of sedimentary
rocks throughout Palaeozoic Era and granitic rocks of Late Triassic age. On 1st June 2007 Langkawi Geopark was
declared as the 52nd member of Global Geoparks Network (GGN) assisted by UNESCO. The declaration was based
on the presence of several geoheritage sites and geological landscapes of national and regional significance.
Among them are the oldest rock unit and oldest fossils, most complete Palaeozoic geological history and rocks, best
evidences linking Langkawi islands with Gondwanaland, and most beautiful tropical island karst in Southeast
Asian region. Under the National Forestry Act 1984, geoheritage resources in Langkawi Geopark are conserved as
protected geosites, geological monuments, geoforest parks, and protected forest reserves. Among important
geological monuments are Pulau Ular Abrasion Platform, Pulau Singa Kechil Transitional Formation Boundary,
and Pulau Anak Tikus Fossil Bed, while geoforest parks comprise Machinchang Cambrian, Kilim Karst, and
Dayang Bunting Marble Geoforest Parks. The Machinchang Cambrian Geoforest Park portrays landscape of
Cambrian sandstone with oldest rock unit and fossils in the region. The Kilim Karst Geoforest Park exhibits
outstanding tropical island karst made of richly fossiliferous limestone of Setul Formation, while the Dayang
Bunting Marble Geoforest Park showcased another beautiful island karst landscape made mostly of marble of the
Chuping Formation. Geoheritage conservation in Langkawi Geopark is under the jurisdiction of Forestry
Department of Peninsular Malaysia, supported by researchers in handling issues related to carrying capacity of
certain geosites and concerted efforts by multiple stakeholders in handling issues pertaining to environmental
protection.
Keywords: Geology, geoheritage, conservation, geopark, Langkawi
TEKS PENUH/ FULL TEXT (PDF)