Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities  
line decor
: UKM : Home : Contents, Abstract and References :
line decor
 

 

AKADEMIKA  80 (Disember 2010)

Governans untuk Geopark: Langkawi Geopark sebagai Acuan

Governance for Geopark: Langkawi Geopark as a Showcase

HALIMATON SAADIAH HASHIM, RAHIMAH ABDUL AZIZ, SARAH AZIZ ABDUL GHANI AZIZ &
CHAN KIM LING @ GERALDINE

ABSTRAK
SKepulauan Langkawi telah melalui banyak perubahan sosio-ekonomi dan kaedah pengurusan sejak kepulauan tersebut berkembang daripada sebagai ‘Pulau Lagenda Mahsuri’ dan ‘Langkawi 99 Magical Islands’ kepada ‘Langkawi Pulau Bebas Cukai’ (1987) dan ‘Langkawi Bandaraya Pelancongan’ (1990). Pengiktirafan sebagai ‘Langkawi Geopark’ (2007) telah melonjakkannya ke persada antarabangsa. Soalan utama ialah adakah sistem pengurusan Langkawi semasa memenuhi keperluan untuk melaksanakan konsep geopark dengan berkesan? Adakah sistem governans semasa masih relevan dan apakah perubahan yang diperlukan? Apakah sistem governans yang diperlukan Langkawi Geopark ke arah pembangunan lestari? Makalah ini membincangkan pembentukan sistem governans untuk Langkawi Geopark yang mempunyai ciri-ciri utama pemuliharaan (warisan geologi, biologi dan budaya); pembangunan dan penyediaan infrastruktur pelancongan (hotel/resort pelancongan, pendidikan, pameran, rekreasi dan kesedaran awam); dan pembangunan sosio-ekonomi (aktiviti ekonomi, penyertaan komuniti tempatan dan peluang-peluang baru). Pembentukan sistem pengurusan dan governans geopark memerlukan pemahaman mengenai konsep geopark, warisan dan pemuliharaan warisan, governans dan governans untuk pembangunan lestari, pengurusan transisi dan elemen penting dalam sistem pengurusan semasa. Konsep yang
diinginkan masih belum terbentuk. Namun, pada amnya amalan semasa boleh diteruskan cuma perlu ditokok tambah dengan aktiviti-aktiviti peningkatan kefahaman dan kesedaran awam secara sistematik melalui program pendidikan awam yang komprehensif; program perundingan yang lebih banyak dan pembuatan keputusan bersama oleh pihak berkepentingan. Kata kunci: Geopark, warisan, governans, pembangunan lestari, pengurusan transisi


ABSTRACT
Langkawi Islands have gone through many changes since it changed status from being ‘Mahsuri Legendary Island’ and ‘Langkawi 99 Magical Islands’ to ‘Langkawi Tax Free Island’ (1987) to ‘Langkawi Tourism City’ (2000). Its recognition as ‘Langkawi Geopark (2007) has put it on an international arena. The main question is whether Langkawi’s existing management system meets the requirements to implement the geopark concept effectively? Is the current governance system still relevant and what are the neccessary changes? What is the governance system that is needed towards sustainable development? This article discusses the formulation of a governance system for Langkawi Geopark which contains the main characteristics for conservation (geological, biological and cultural heritage); development and provision of tourism infrastructure (hotels/tourist resorts, education, exhibition, recreation and public awareness); and socio-economic development (economic activities, local community participation and new
opportunities). The formulation of geopark’s management and governance system requires the understanding of concepts of geopark, heritage and heritage conservation, governance and governance for sustainable development, transition management and critical elements in the current management system. The desired concept has not been
formed. However, in general the current practice can continue but with systematic adapation and improvements in awareness building acitivities through public education programme, that is comprehensive, more consultative programmes, and decision-making processes that involve the stakeholders. Keywords: Geopark, heritage, governance, sustainable development, transition management

TEKS PENUH/ FULL TEXT (PDF)