| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | AnSos | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
Antropologi dan Sosiologi Menggaris Arah Baru. (sunt).  1995.  ISBN 967-942-323-9.  134 hlm.  RM25.00.  Abdul Rahman Embong 

Ilmu antropologi dan sosiologi di Malaysia hari ini menghadapi cabaran baru akibat perubahan pesat dan fundamental dalam masyarakat nasional dan antarabangsa. Apakah persiapan ahli-ahli antropologi dan sosiologi kita dalam menghadapi semua ini? Bagaimanakah kurikulum pengajarannya di universiti harus disemak dan diorientasi semula supaya sains sosial terus relevan dan berguna untuk menganalisis dan menghuraikan perubahan yang sedang berlangsung dalam masyarakat? Apakah pula arah dan kandungan kegiatan penyelidikan dan penerbitan ahli-ahli antropologi dan sosiologi? Dalam buku ini, beberapa orang ahli sains sosial menyingkapkan perkembangan disiplin-disiplin tersebut dan perancangan masa depannya di tiga buah universiti di Malaysia. Perancangan Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UKM bagi menangani dasar pengkorporatan universiti dan pemendekan tempoh program sarjanamuda juga dibincangkan. Buku ini patut menjadi tatapan para sarjana dan perancang pendidikan tinggi serta para pelajar sains sosial di Malaysia. 

ABDUL RAHMAN EMBONG, pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia