| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Geografi | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
.. Sedimentologi.  2000. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-457-x. 208 hlm. RM30.00.  FELIX TONGKUL

Sedimen ialah bahan yang terhasil daripada proses luluhawa serta hakisan batuan yang biasanya diangkut oleh agen angin, air dan ais, kemudian diendapkan secara berlapis. Sedimentologi pula adalah bidang kajian asal-usul, pengangkutan, penyebaran, pengedapan dan penimbusan butiran sedimen kuno atau moden.  Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan dalam sedimentologi, iaitu pendekatan tradisional dan pendekatan kuantitatif.  Pendekatan tradisional ialah deskriptif seperti yang dilakukan dalam kajian petrografi dan analisis fasies manakala pendekatan kuantitatif  ialah melalui sains fizikal dan kimia seperti kajian proses sedimen.  Sedimentologi berbeza daripada stratigrafi kerana ia tidak menitikberatkan masa, kecuali beberapa aspek yang berkaitan dengan jujukan dan Hukum Superkedudukan.  Apabila kajian sedimentologi digabungkan dengan bidang  oseanografi, kejuruteraan, mekanik tanah, geologi galian, hidrogeologi atau geologi petroleum, banyak sumbangan diperolehi dalam pengawalan sekitaran dan pencariangalian sumber asli. 

FELIX  TONGKUL, Ph. D.,  bekas pensyarah di Jabatan Sains Bumi, Fakulti Sains Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia.  Beliau kini seorang Profesor Madya di Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. 



281100