| | Menu Utama | Buku & Monograf | Umum | Buku Terbaru | Indeks Pengarang | |
.. |
Sayuran
Tradisional Ulam dan Penyedap Rasa. 2000. Penerbit
UKM: Bangi. ISBN 967-942-459-6.
ISBN 967-942-530-4 (hard cover). 230 hlm. RM 50.00 Ismail Saidin
Malaysia adalah antara negara tropika yang kaya dengan kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan. Masyarakat Malaysia mengkategorikan kepelbagaian tumbuhan ini sebagai sayuran (perlu dimasak), ulam (dimakan mentah) dan penyedap rasa (dimasukkan untuk menyedapkan masakan) mengikut apa yang dilakukan dalam pelbagai masakan harian. Kebanyakan daripada tumbuhan ini ditanam di sekitar rumah dalam sistem porak. Namun kehadiran sayuran yang diperkenalkan dari luar negara, terutamanya dari negara berhawa dingin seperti kubis, asparagus, tomato dan salad menguasai bekalan sayuran tempatan. Secara tidak langsung sayuran tradisional semakin dilupakan. Sebenarnya tumbuh-tumbuhan tempatan adalah lebih senang untuk ditanam di sekitar rumah memandangkan iklim yang diperlukan adalah lebih sesuai daripada menanam sayuran beriklim sejuk. Sayuran tradisional , ulam dan penyedao rasa menghuraikan seriap spesies sayuran dengan memberi nama botani, famili dan nama lain bagi tumbuhan tersebut. Kegunaan dan khasiat yanbg terdapat pada tumbuhan yang dibincangkan akan dinyatakan selain memberi cara pembiakan dan penanamannya. Buku ini turut dilengkapi dengan gambar warna dan ilustrasi untuk memudahkan pembaca mengenal tumbuhan. ISMAIL SAIDIN, adalah bekas karyawan tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau banyak membuat penyelidikan dalam bidang etnobotani Melayu dan ada yang telah diterbitkan. |