| | Menu Utama | Buku & Monograf | Buku Terbaru | Indeks Pengarang | |
..
|
Farmakologi
Antibiotik. 2001. ISBN 967-942-532-0.
92 hlm. RM12.00. Nafeeza Mohd Ismail
Antibiotik adalah sebatian kimia yang dihasilkan daripada pelbagai spesis mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Mikroorganisma ini menghalang pertumbuhan dan seterusnya memusnahkan mikroorganisma yang lain. Umumnya antibiotik adalah antibakteria yang bukan sahaja dihasilkan oleh mikrob tetapi juga adalah bahan sintetik seperti sulfonamid dan kuinolon. Penggunaan antibiotik dalam, bidang perubatan sejak awal abad kesembilan belas telah berjaya menyembuhkan pelbagai penyakit infeksi. Penisilin yang ditemui pada awal tahun sembilan puluhan oleh Alexander Flemming adalah antibiotik yang paling banyak digunakan dalam amalan klinikal. Kewujudan agen antimikrobial menandakan satu era kemajuan dalam bidang perubatan. Walupun terdapat beberapa regim dalam rawatan antibiotik yang berkesan tetapi prinsip umum yang penting perlu diikuti. Prinsip yang dipertimbangkan sebelum memulakan rawatan dengan antibiotik bergantung pada agen antimikrobial, agen infektif dan status pesakit yan ghendak dirawat. NAFEEZA MOHD ISMAIL, Ph. D., dan KAMSIAH JAARIN, Ph. D., kedua-duanya adalah profesor Madya di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. |