.. |
Pembangunan
Mapan: Strategi ‘Menang-menang untuk Pembasmian Kemiskinan dan Pemuliharaan
Alam Sekitar. (Syarahan
Perdana). 2001. ISBN 967-942-557-6. RM15.00. Chamhuri
Siwar
Abstrak
Strategi pembasmian
kemiskinan sering mengharapkan faedah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi
untuk menghasilkan kesan limpahan dan ‘lelehan ke bawah’ dalam mengurangkan
kemiskinan. Namun selepas lima dasarwarsa, Bank Dunia melaporkan bahawa
pencapaian pengurangan kemiskinan adalah ‘di bawah sasaran’. Pada 1998,
bilangan penduduk miskin yang hidup di bawah US$1 sehari masih kekal sekitar
1.23 bilion, sementara hampir separuh penduduk masih menjadi masalah serius.
Kemiskinan dijangka semakin serius dengan fenomena ‘pengglobalan kemiskinan’.
Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi juga membawa bersamanya degradasi alam
iaitu meliputi dimensi kemapanan ekonomi, sosial dan alam sekitar, pengekalan
sumber dan peningkatan asas sumber. Isu ekuiti dalam dan antara generasi
menyangkut isu agihan pendapatan, pengurangan kemiskinan, dan kesejahteraan.
Pembangunan mapan perlu menjadikan perbaikan keperluan asas dan kebajikan
golongan miskin sebagai keutamaan Hubung kait kemiskinan - alam sekitar
melibatkan hubungan dua hala: penyebab dan akibat dalam satu kitaran ganas.
Usaha memecahkan kitaran ganas ini perlu untuk menangani masalah kemiskinan,
termasuk melalui pendekatan pembangunan desa dan pertanian mapan. Cabaran
pembangunan desa dan pertanian mapan ialah bagaimana menjayakan strategi
‘menang-menang’ untuk pembasmian kemiskinan dan pemuliharaan alam sekitar,
iaitu dengan mengekalkan kemapanan ekonomi, sosial dan alam sekitar, dengan
makanan, dan peningkatan kesejahteraan desa. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi
perlu mempunyai rantaian yang luas, bersifat intensif buruh, menjangkau
kebun kecil serta kawasan pertanian dan desa mundur. Bias terhadap pembangunan
pertanian perlu dihapuskan. Sektor pertanian perlu diberi keutamaan wajar,
dan bukan dilihat sebagai sektor penyelamat apabila negara mengalami kegawatan. |