.
| Menu Utama | Buku & Monograf | Buku Terbaru | Indeks Pengarang |
..
Fungsi Matematik Teritlak. 2002. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-578-9. 136 hlm. RM 20.00. Shaharir Mohd Zain. Fungsi teritlak ialah perluasan fungsi biasa yang Diperkenalkan kerana keperluan menjustifikasikan pemakaian kuantiti ini sejak beratus tahun sebelum teorinya dapat dibina. Fungsi teritlak hampir sinonim dengan satu kuatiti yang dirasakan mewakili sumber yang tertumpu hanya pada satu tempat atau masa sahaja. Takrif fungsi teritlak oleh para sarjana didorong oleh keperluan untuk memahami tabii fungsi delta Dirac. Oleh itu banyak tabii fungsi delta Dirac yang menjadi titik tolak kepada takrif fungsi teritlak.
Namun menurut Schwartz fungsi teritlak ialah fungsian selanjar dari satu ruang vektor tidak terhingga kepada set nombor kompleks atau nyata. Dalam buku ini dibincangkan dengan terperinci akan sejarah ringkas matematik fungsi teritlak, takrif dan operasi ke atas fungsi teritlak, kemunculan dan kegunaan fungsi teritlak ini serta teori dan kegunaan fungsi teritlak Colombeau.
SHAHARIR MOHAMAD ZAIN, Ph. D., Profesor di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi. Karya beliau yang lain dengan Penerbit UKM ialah Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (2000) dan Beberapa Masalah Permulaan dalam Sains Hayat (1990).
120802