.
| Menu Utama | Buku & Monograf | Kesusasteraan | Buku Terbaru | Indeks Pengarang |
..
Trilogi Busa: Busa Hati. ISBN 967-942-583-5. 356 hlm. RM50.00. Arena Wati Busa Hati berkisar pada persoalan politik Malaysia khususnya politik etnik di Sabah sehinggalah melibatkan
percanggahan dalam hubungan negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan. Dari kancah politik, Busa Hati
menyentuh rentetan perkembangan pendidikan dan pembangunan ekonomi di Sabah khususnya masalah tanah
bumiputera Sabah. Penceritaannya melihat bahawa selagi politik Sabah tidak sihat, Malaysia akan tetap tergugat
dan setiap pihak yang ingin menjuarai pilihan raya di Sabah mesti menyusun perancangan yang kemas. Pengaruh
Persekutuan dilihat sangat kuat dalam mencorakkan suasana politik Sabah.
Trilogi Busa: Busa Sukma. ISBN 967-942-584-3. 350 hlm. RM50.00. Arena Wati
Kisah dalam Busa Sukma berkisar di Sarawak dengan memaparkan pertentangan yang berorientasikan politik
serta penolakan terhadap beberapa aspek dalam dasar ekonomi. Babak-babak dalam Busa Sukma juga
mengemukakan sikap beberapa watak utama di dalamnya yang menentang konsep pembangunan di Sarawak.
Trilogi Busa: Busa Kalbu. ISBN 967-942-585-1. 362 hlm. RM50.00. Arena Wati
Ketegangan wujud dalam parti pimpinan Syed Omar dan Zahid akibat rebutan pengaruh untuk menjadi pemimpin
tertinggi sehingga muncul dua kelompok besar. Berlaku pelbagai konflik dan sengketa dalam parti: pengundian
dalam sidang agung parti diselewengkan; muncul pengundi tidak sah; krisis parti diseret ke mahkamah; politik
wang; surat layang menabur fitnah dan khabar angin.ARENAWATI, Sasterawan Negara yang terus menulis dengan karya yang besar. Semasa menjadi Karyawan
Tamu di UKM, sewaktu itu di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), beliau
menerbitkan dengan Penerbit UKM Memoir Arena Wati: Enda Gulingku (1991), Syair Pangeran Syarif
(1989), Syair Pangeran Syarif Hashim al-Qudsi (1989) dan Syair Perang Cina di Monterado (1989).
190802