| | Menu Utama | Buku & Monograf | Bahasa | Buku Terbaru | Indeks Pengarang | |
.. |
Linguistik
Melayu. 2006.
Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-758-7 (kulit lembut). 182 hlm. RM30.00. Zulkifley
Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman. Linguistik
Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para
pembaca. Huraian dalam buku ini merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan
dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori,
aplikasi dan antara disiplin. Dalam aspek teori, kandungan buku ini
menghuraikan secara jelas topik yang berkaitan dengan fonetik, fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Aspek aplikasi dan antara
disiplin mencakupi bidang yang cukup luas termasuklah psikolinguistik,
sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa,
linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolingiistik dan
sebagainya. Linguistik Melayu juga menjelaskan kepada pembaca tentang
kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan sehari-harian kita. Bidang
linguistik berkait rapat dengan aktiviti hidup kita, khususnya lakuan bahasa,
iaitu dalam penyampaian dan pemahaman maksud. Kesemua aspek dan topik ini
dihuraikan dengan jelas dan secara mudah dalam buku ini. Kehadiran buku ini
dapat menjadi bahan bacaan yang berguna kepada pelbagai golongan pelajar,
khususnya para pelajar yang mengikuti program pengajian bahasa Melayu,
linguistik, pendidikan dan komunikasi dan amat bermanfaat untuk guru bahasa
Melayu, pelajar maktab perguruan, peminat dan pejuang bahasa Melayu serta
individu yang meminati bidang pengajian dan pengkajian bahasa Melayu. ZULKIFLEY
HAMID, Ph. D., Profesor Madya dalam bidang psikolinguistik dan pendidikan
bahasa, RAMLI MD. SALLEH, Ph. D., Profesor dalam bidang sintaksis dan
terjemahan, manakala RAHIM AMAN, Ph. D., dalam bidang linguistik sejarah dan
dialektologi. Kesemuanya adalah pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. |