| | Menu Utama | Buku & Monograf | Umum | Buku Terbaru | Indeks Pengarang | |
.. |
Peranan
dan Orientasi Sains Sosial Malaysia,
Edisi Baru.
2006. Penerbit UKM: Bangi.
ISBN 967-942-794-3 (kulit lembut). 226 hlm. RM30.00. Abdul
Rahman Embong (sunt.) Sains sosial Malaysia sudah berkembang selama lebih lima dekad. Titik peralihan penting dalam sejarah perkembangan ini ialah pada akhir 1960-an dan awal 1970-an dengan penubuhan beberapa universiti yang baru serta fakulti dan jabatan sains sosial tersendiri. Buku ini menyorot kembali perkembangan sains sosial Malaysia khususnya sejak 1960-an, dengan tumpuan kepada sumbangan persidangan “Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia” anjuran Jabatan Antropologi dan Sosiologi UKM pada Ogos 1974 yang merupakan persidangan sains sosial kebangsaan yang pertama kali diadakan di negara ini. Buku ini menerbitkan semula prosiding persidangan tersebut yang diedit selaras dengan pengangkatannya menjadi sebuah buku edisi baru. Buku ini dilengkapi dengan sebuah Pendahuluan oleh editor yang mengolah perkembangan sains sosial Malaysia dan meletakkan persidangan itu dalam konteks sejarah sains sosial negara ini di samping sebuah Kata Pengantar oleh Profesor Emeritus Clive Kessler, yang menggarap perkembangan dan cabaran-cabaran sains sosial secara lebih luas di samping membuat penilaian ke atas erti penting penerbitan buku ini. Buku ini amat berguna kepada para pelajar dan pengkaji sejarah intelektual Malaysia secara khusus dan kepada ahli sains sosial Malaysia secara umum sebagai bahan rujukan mengenai isu-isu dan tokoh-tokoh utama yang muncul dalam wacana sains sosial negara ini pada pelbagai tahap dan zaman. ABDUL
RAHMAN EMBONG, Ph. D., ialah Profesor dalam bidang Sosiologi Pembangunan dan
Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM. Beliau juga
Presiden Persatuan Sains Sosial Malaysia sejak tahun 2000 sehingga sekarang.
Antara penerbitan beliau dengan Penerbit UKM ialah Negara-bangsa: Proses
dan Perbahasan (2000), Negara, Pasaran dan Pemodenan Malaysia
(2000), Southeast Asian Middle Classes: Prospects for Sosial Change and
Democratisation (2001) dan Globalisation, Culture and Inequalities: In
Honour of Ishak Shari (2004).
|