| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
...

Bahasa Kecerdasan dan Makna Sekitar Capaian Maklumat. (Syarahan Perdana) 2007. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-835-3 (kulit lembut). 70 hlm. RM20.00. Tengku Mohd Tengku Sembok.

Persoalan tentang kecerdasan telah lama dikemukakan oleh ahli falsafah dan saintis. Dengan kemunculan komputer, persoalan ini dikaji semula daripada perspektif kecerdasan buatan. Adakah komputer boleh mempunyai kecerdasan? Soalan ini telah membawa kepada isu bahasa, pemikiran, kreativiti, nilai dan budaya. Pelbagai teori, hiptesis dan model disentuh untuk memahami tentang hakikat kecerdasan, pengetahuan dan kreativiti yang dimiliki manusia. Teori dan hiptesis seperti Ujian Turing, Bilik Cina, Bilik Korea, Bilik Melayu, hipotesis Sapir-Whorf, teori gambaran makna Wittgentein, teori padanan kebenaran Karl Popper dan hipotesis refleksiviti Soros dikupas untuk memahami ciri dan isu berkaitan. Model tiga-dunia dualisme otak-minda dan model pemikiran berstruktur aras-n dibincang untuk memahami proses pemikiran kreativiti manusia dan implikasinya kepada komputer. Selepas mengkaji di peringkat falsafah, kita perlu bijak ke bumi nyata membina sesuatu yang konkrit yang boleh membantu dalam meneruskan kehidupan harian sebagai insan yang mempunyai roh dan juga jasad. Isu yang ditumpukan berikutnya ialah bagaimanakah bahasa dan kecerdasan dapat dilaksanakan dalam bidang acapaian maklumat Model Boolean dan model ruang vektor yang merupakan model konvensional dalam sistem capaian maklumat dilawati semula dengan mengutarakan kelemahan masing-masing daripada perspektif bagaimana kelemahan model konvensional diatasi. Reka bentuk algoritma cantasan dan pengkodan juga disentuh sebagai teknik untuk meningkatkan keberkesanan capaian. Seluruh perbincangan dilakukan berdasarkan Kerangka Holistik Pengetahuan dalam teknologi maklumat.


080807