Abstrak
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, ekonomi Malaysia telah mencapai
kadar pertumbuhan purata yang memberangsangkan pada 9 peratus setahun.
Lazimnya, modal fizikal dan input buruh merupakan faktor pertumbuhan ekonomi
yang penting. Walau bagaimanapun pergantungan kepada faktor asas pengeluaran
ini semata-mata tidaklah menjamin pertumbuhan ekonomi yang lestari. Sebaliknya
peningkatan produktiviti yang boleh dicapai melalui pembangunan sumber
manusia (PSM) dan pembaikan teknologi sangat penting dalam usaha mengekalkan
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kertas kerja ini cuba menganalisis
sejauhmana faktor pendidikan yang merupakan komponen PSM yang terpenting
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh 1970-1996. Dua
pemboleh ubah pendidikan yang digunakan dalam analisis ini ialah kadar
celik huruf dan perbelanjaan kerajaan ke atas pendidikan. Kedua-dua faktor
ini dimasukkan ke dalam fungsi pengeluaran bersama-sama faktor asas pengeluaran
sepertimana modal dan buruh dan dianggarkan melalui pendekatan model regresi
dengan kaedah 'ordinary least squares'. Nilai keanjalan input yang diperolehi
daripada penganggaran ini digunakan sebagai asas dalam mengukur sumbangan
pendidikan dan input lain kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Abstract
In the late 1980s and the early 1990s, Malaysia's economy has been
growing rapidly at an average rate of 9 per cent annum. Usuallh, physical
capital and labour inputs are important basic factors contributing to economic
grwoth. However, a mere dependence on these basic factors of production
will not guarantee sustainable economic growth. Conversely an increase
in productivity through human resource development (HRD) and technological
advancement is crucial to sustain the growth of an economy. This paper
attempts to analyse to extent contributed by education, a major component
of HRD, to Malaysia's economic growth for the period, 1970-1996. Two variables
representing education, namely literacy rate and government expenditure
on education, are utilized in the analysis. These factors are utilized
in a production function together with the basic factors, capital and labour.
The function is then estimated using a regression model and ordinary least
squares procedure to obtain the input coefficients for computing input
elasticities. he values are used to calculate contribution of education
as well as basic factors of production to the Malaysia's economic growth
for the duration of this study.