Abstrak
Kertas ini mengkaji hubungan antara upah, tingkat harga dan produktiviti
buruh di Malaysia antara tahun 1970-1994. Kewujudan hubungan jangka panjang
antara upah, tingkat harga dan produktiviti buruh disahkan dengan menggunakan
pendekatan kointegrasi. Model dinamik jangka pendek ECM dianggarkan dengan
kaedah dua tahap Granger dan Engle. Dua penemuan utama diperoleh. Pertama,
dalam jangka panjang upah bergerak secara berkadaran dengan tingkat harga,
tetapi cenderung untuk meningkat lebih tinggi daripada kenaikan harga dalam
jangka pendek. Kedua, upah dan produktiviti buruh bergerak secara bersama
iaitu apabila diambilkira perubahan harga. Keanjalan jangka panjang upah
terhadap produktiviti buruh ialah 0.76 yang daripada segi statistik tidak
berbeza daripada satu. Kenaikan produktiviti buruh dengan segera diikuti
oleh kenaikan yang lebih besar dalam upah semasa yang apabila ditambah
kesan tertangguh membawa kepada kenaikan upah jangka pendek pada kadar
yang lebih besar. Ketakseimbangan jangka pendek yang wujud bagaimanapun
adalah sementara yang akan terselaras sepenuhnya dalam tempoh kurang daripada
empat tahun. Penemuan ini seterusnya digunakan untuk membuat penilaian
reformasi upah cadangan National Labour Advisory Council (NLAC). Berasaskan
penemuan kajian, boleh dirumuskan bahawa reformasi tersebut tidak perlu.
Disebabkan kesukaran melaksanakannya memberikan implikasi terhadap hubungan
upah dan produktiviti yang tidak begitu berbeza daripada mekanisme penentuan
upah yang diamalkan kini.
Abstract
This paper examines the relationship between wage, price and labour
productivity in Malaysia between 1970-1994. The existence of a long run
relationship between those variables is confirmed through use of the cointegration
approach. This study uses a dynamic short-term ECM model. The model is
based on the integration equation which was estimated using Granger and
Engle two-step procedure. There are two major research findings. Firs,
wage increases proportionately with price in the long run. Inthe short
run, however, there is tendency for wage increase to exceed price. Secondly,
when the effect of price changes is taken into account, wage increases
at a rate proportionate to that of the long run labour productivity. The
long run wage elasticity with respect to labour productivity is 0.76 and
it is not statistically different from unity. In the short run, an increase
in short term wage. The resulting disequilibrium, however, is temporary
and is completely adjusted in less than four years. This study uses these
findings to evaluate the National Labour Council (NLAC) proposed wage reform.
Based on the research findings, this paper concludes that reform is unnecessary.
The difficlulties involved in implementing the reform imply that there
is not much difference in the relationship between wage and productivity
with the existing wage setting mechanism.