Abstrak
Andaian ulama dasar penswastaan ialah kecekapan ekonomi meningkat apabila
kegiatannya dikendalikan oleh pihak swasta. Sekaligus, kesejahteraan penduduk
akan turut meningkat. Hakikat ini telah banyak didokumenkan dalam kajian-kajian
lepas yang kebanyakannya tertumpu kepada kesan penswastaan dalam pasaran
barangan. Kajian terhadap kesan penswastaan dalam pasaran buruh amat kurang
sekali. Malahan, sepanjang yang diketahui ia belum pernah dilakukan di
Malaysia. Inilah yang menjadi tujuan utama kertas ini di dalam usaha menampung
kekurangan kajian tersebut. Dalam kertas ini ditunjukkan bahawa dari segi
teori, iaitu berasaskan pengubahsuaian terhadap model Haskel-Szymanski
(1993), penswastaan Jabatan Telekom Malaysia. Ini adalah akibat langsung
daripada perubahan objektif syarikat yang diswastakan, iaitu daripada kebajikan
sosial kepada keuntungan maksimum. Namun begitu, jika pasaran diliberalisasikan,
kesan negatif ini akan dapat dikurangkan.