Hubungan Sebab-Akibat antara Eksport Mengikut Sektor dan Pertumbuhan Ekonomi
di Negara ASEAN Terpilih. RIZAUDIN SAHLAN. Jurnal Ekonomi Malaysia 36
2002
Abstrak
Teori ekonomi pembangunan dan perdagangan dan perdagangan menyatakan bahawa
pertumbuhan dalam eksport menyumbang secara positif terhadap pertumbuhan
dalam ekonomi. Kajian ini menggunakan data siri masa Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) dan eksport yang dipisahkan mengikut sektor, iaitu sektor pertama
dan kedua dengan tempoh masa antara tahun 1970 hingga 1998 bagi negara ASEAN
terpilih iaitu Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand. Didapati kedua-dua
eksport sektor pertama dan sektor kedua berko-integrasi dengan KDNK, atau
wujud hubungan jangka panjang antara keduanya. Analisis ujian penyebab-Granger
pula menunjukkan pertumbuhan dalam kedua-dua eksport pertama dan kedua ini
membawa kepada pertumbuhan dalam KDNK dan ini menyokong hipotesis pertumbuhan
pacuan-eksport di negara-negara terlibat.