Bukti Empirik Kajian Struktur Modal. NUR AZURA SANUSI. Jurnal Ekonomi Malaysia 36  2002

Abstrak
Kajian awal struktur modal diperkenalkan oleh Modgliani dan Miller (1958). Kemudian, kajian lanjutan dilakukan oleh beberapa pengkaji seperti Haris dan Raviv (1991), Rajan dan Zingales (1995) dan Booth et al. (2001), yang memfokuskan kepada penentuan struktur modal firma. Kepelbagaian kajian meliputi isu faedah cukai sehingga kepada kos pembiayaan hutang. Bukti empirikal juga telah diaplikasikan kepada pelbagai negara dengan capaian data yang lebih baik dan mengambilkira perbezaan persekitaran perundangan dan perakaunan. Namun begitu, kajian ini masih relevan terutamanya dalam mengkaji faedah zakat dan penggunaan pembiayaan hutang dan ekuiti Islam kepada struktur modal firma.

Kata kunci: struktur modal; zakat; cukai; kos agensi; maklumat taksimetri