The Contribution of Zakat as an Income Creating Asset in Selangor and
Wilayah Persekutuan, Malaysia. NOR GHANI MD. NOR, ABD. RAZAK DAN &
MOHD. ALI MOHD. NOOR. Jurnal Ekonomi Malaysia 36 2002
Abstrak
Keperluan menyediakan bantuan modal kepada fakir miskin merupakan perkara
yang agak baru bagi pihak pengurusan zakat di beberapa negeri di Malaysia.
Penjarahan ke atas skim ini sebahagiannya disebabkan oleh pertambahan jumlah
kutipan zakat beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun demikian, kajian
literature menunjukkan tiada usaha dibuat selama ini untuk melihat kejayaan
mahupun kegagalan program ini di dalam mewujudkan perniagaan mampu diri.
Kajian seperti ini sangat penting memandangkan dana zakat yang terhad haruslah
diagihkan secara optimal bagi memaksimakan manfaat kepada fakir miskin. Secara
khususnya, usaha haruslah dibuat bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi
kejayaan atau kegagalan program untuk memandu agihan dana zakat pada masa
hadapan. Kertas ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor kejayaan
perusahaan mikro yang telah dibiaya melalui dana zakat. Dengan menggunakan
data-data yang diperolehi dari 127 orang responden yang menerima bantuan
modal dari pejabat zakat di Selangor dan Wilayah Persekutuan, model regressi
logistik telah digunakan untuk menguji pengaruh beberapa faktor ke atas kebarangkalian
kejayaan. Faktor tersebut telah dipilih berasaskan teori-teori dan kajian
empirik terdahulu menenai perusahaan mikro yang dibiayai secara konvensional.
Keputusan dari analisis ekonometrik menunjukkan faktor gender, umur, bilangan
lawatan penyelia projek dan pengalaman lalu adalah signifikan dalam menentukan
kejayaan projek yang dijalankan.