Penyertaan Tenaga Buruh Wanita Berkahwin di Kedah: Kesan Faktor Agama, Anak dan Pendidikan
Lim Hock Eam
Zalina M. Mohaideen
Norehan Abdullah
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh faktor agama, anak dan pendidikan terhadap kebarangkalian bekerja wanita berkahwin di Negeri Kedah. Kajian ini mendapati faktor agama (Islam dan bukan Islam) tidak mempengaruhi kebarangkalian bekerja wanita berkahwin. Kajian lalu ke atas wanita berkahwin di Israel yang mendapati agama Islam telah mengurangkan kebarangkalian bekerja wanita mungkin disebabkan oleh pemboleh ubah agama dianuti mewakili kesan diskriminasi agama dalam pasaran buruh dan persepsi masyarakat terhadap wanita berkahwin bekerja. Faktor bilangan anak yang berumur kurang dari enam tahun, didapati mempunyai kesan negatif yang signifikan. Tahap pendidikan didapati tidak signifikan. Namun begitu, melalui interaksi dengan pengalaman kerja, tahap pendidikan memberi kesan positif yang signifikan ke atas kebarangkalian bekerja.
Kata kunci: kebarangkalian bekerja wanita berkahwin; model Probit; kesan faktor agama; kesan anak; kesan tahap pendidikan
ABSTRACT
This paper analyses the influence of religion, children and education level on the married women’s probability of work in Kedah. The analyses found that the religion (being Muslim or Non-Muslim) does not influence the married women’s probability of work. The previous study that found the Israel Muslim married women having lower probability of work may due to the religious factor has been captured the effect of religious discrimination on labour market, and the community perception on married working women. Number of children below the age of 6 year is found having significant negative influence. The education level is found not significant. Nevertheless, through interaction with previous working experience, the education level gives positive and significant impact on the probability of work.