Pertumbuhan Pacuan Pelaburan Langsung Asing: Ujian Sebab-Menyebab di Malaysia
Rizaudin Sahlan
Mohd Saharudin Shakrani
Zairy Zainol
ABSTRAK
Kepentingan pelaburan langsung asing (
PLA) masuk di beberapa negara ditunjukkan dari segi peranannya memacu pertumbuhan ekonomi. Kajian-kajian PLA dan kaitannya dengan pertumbuhan ekonomi menyatakan bahawa PLA bertindak-balas atau merangsang pertumbuhan ekonomi manakala kajian lain pula menyatakan wujud hubungan songsang antara FDI dan pertumbuhan ekonomi. Dengan menggunakan data siri masa antara tahun 1980 hingga 2001, kajian ini adalah untuk mengenal-pasti arah yang wujud antara aliran PLA masuk dengan pertumbuhan ekonomi negara. Aliran PLA masuk dikelaskan kepada empat punca utama, iaitu daripada Kesatuan Eropah, NAFTA, negara-negara Asia-Pasifik dan ASEAN. Kajian mendapati, PLA masuk dan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah berko-integrasi atau wujud hubungan jangka panjang antara keduanya. Analisis sebab-menyebab Granger versi VECM pula menunjukkan PLA masuk dari ASEAN dan NAFTA membentuk hubungan dua-hala dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Keadaan sebaliknya berlaku bagi kes PLA masuk dari Kesatuan Eropah yang membentuk hubungan sehala, iaitu pertumbuhan dalam ekonomi memberi kesan kepada PLA masuk dari Kesatuan Eropah manakala pertumbuhan dalam PLA masuk tidak memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Bagi kes PLA masuk dari Asia-Pasific pula menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan sehala mahupun dua hala antara PLA masuk dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia.Kata kunci: pelaburan langsung asing; pertumbuhan ekonomi; kepegunan; penyebab-akibat
ABSTRACT
The importance of inflow of foreign direct investment (
FDI) to a particular country can be shown in terms of its role in spurring economic growth. Empirical evidence on the FDI and relationship between FDI and economic growth are mixed. While some studies indicate that FDI act as a catalyst to economic growth, some found a reverse relationship between the two. Using a time series data on Malaysia, for the period of 1980-2001, our study tries to identify the direction of the causality between the inflow of FDI and economic growth. We divide the inflow of FDI to Malaysia into four sources: the European Union, NAFTA, Asia-Pacific countries (excluding ASEAN countries), and ASEAN countries. Our study shows that the PLA and economic growth are cointegrated or have