Asas Pembentukan Keluarga Menurut Perspektif al-Qur'an dan al-Sunnah. Hajah Jawiah Dakir. 1996. Islamiyat 17ABSTRAK
Antara sebab berlakunya masalah sosial di kalangan anak-anak remaja dan muda-mudi ialah adanya masalah dalaman keluarga. Jelasnya, keluarga merupakan faktor penentu yang utama untuk membina generasi sekarang dan akan datang ke arah kecemerlangan spritual dan material. Kerana itu al-Qur'an dan al-Sunnah telah menetapkan asas-asas yang penting untuk membina keluarga yang kukuh lagi mantap. Kertas ini menjelaskan beberapa asas penting tersebut menurut persepsi al-Quran dan al-Sunnah.