PENEROKAAN JUDUL ASLI DAN PERIBUMI DALAM KARYA PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA. Shaharir Mohammad Zin. Islamiyyat 22
Abstrak
Status buku asli di alam Melayu dalam pengajian Islam masih memerlukan kepada penyelidikan yang mendalam. Ini kerana kebanyakan buku pengajian Islam masih terdapat pengaruh luar, terutamanya daripada tradisi masyarakat Arab. Seterusnya, ciri keaslian dan keperibumian sesebuah buku dalam pengajian Islam dibicarakan dengan menggariskan beberapa ciri utama. Ini supaya buku-buku yang dihasilkan dapat disesuaikan dengan keperluan masyarakat setempat dan isi kandungannya sudah diterima untuk diamalkan.