Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Permasalahan Fiqh. ANWAR FAKHRI OMAR.
Islamiyyat 23 (2002)
Abstrak
Tulisan ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kaedah fiqh dengan permasalahan
fiqh yang berlaku. Tulisan ini menggunakan metode kepustakaan untuk memaparkan
penggunaan kaedah fiqh oleh para ulama dalam mengistinbatkan sesuatu hukum.
Di samping itu, tulisan ini juga memaparkan pendapat dan perbincangan para
ulama tentang kedudukan dan hubungkait kaedah fiqh dengan permasalahan fiqh
kemudian menganalisisnya untuk mendapatkan kesimpulan yang mantap. Kajian
ini membuat kesimpulan bahawa kaedah fiqh dengan permasalahan fiqh kemudian
menganalisisnya untuk mendapatkan kesimpulan yang mantap. Kajian ini membuat
kesimpulan bahawa kaedah fiqh atas kedudukannya sebagai kaedah fiqh semata-mata
tidak menjadikannya layak untuk digunakan sebagai dalil tersendiri yang boleh
diistinbatkan daripadanya hukum serta fatwa atau dijadikan asas untuk memutuskan
sesuatu hukum.